Tonton TV9, dapat RM500
2 min read
Stesen TV9 kembali dengan peraduan tahunan yang dinantikan.
Peraduan Janji Happy sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia yang menjadikan stesen itu sebagai pilihan utama untuk informasi dan hiburan seisi keluarga.
Pada edisi tahun kedua peraduan kali ini, TV9 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah
sehingga RM9,000 manakala seramai 18 pemenang bertuah bakal membawa pulang RM500 setiap seorang.
Peraduan Janji Happy ini akan berlangsung dari 1 hingga 30 September depan. Cara penyertaan iaitu penonton perlu menyaksikan program-program terpilih di TV9 sepanjang September dan kemudian mengira jumlah logo ‘Janji Happy’ yang muncul di skrin TV.
Selepas itu, penonton perlu melengkapkan slogan secara kreatif tidak melebihi 20 patah perkataan. Jawapan dan slogan tersebut hendaklah di hantar ke ruangan komen pada posting peraduan di Facebook atau Instagram @TV9Malaysia.
Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata, September sebagai bulan yang sangat istimewa buat penonton TV9.
“Jutaan terima kasih kepada penonton yang sentiasa menyokong kami dan menjadikan TV9 sebagai salah satu saluran paling berpengaruh di Malaysia. Kami sekali lagi mengembalikan Peraduan Janji Happy untuk penonton dan mereka berpeluang memenangi wang tunai dengan menonton program-program menarik seperti Buletin TV9, filem dan telefilem,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, peraduan ini menerima lebih daripada 11,000 penyertaan dari seluruh Malaysia pada tahun lalu.
“Kami di TV9 amat berbesar hati dengan sokongan dan sambutan yang berterusan daripada penonton setia kami dan kami akan terus berusaha untuk menyajikan lebih banyak program yang membina dan memberi manfaat kepada semua penonton,” katanya.
Sepanjang September ini, pelbagai program menarik menanti penonton antaranya telefilem Bini Aku Hantu Langsuir, Derhaka, Sekilas Qalbu, Misteri Maria, Ada Sejadah Panjang Terbentang dan Anak Syurga. Selain itu, filem-filem blockbuster seperti Rock, Rock 4: Rockers Never Die, Yes, Madam!, Magnificent Warriors dan Gong yang akan ditayangkan menerusi Skrin di 9, Kuasa 3 Malam dan Wayang Hujung Minggu pada setiap hari, jam 8.30 malam.
Peraduan Janji Happy sepanjang September ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas. Penonton juga perlu mengikuti akaun Facebook atau Instagram @TV9Malaysia terlebih dahulu
sebelum menghantar penyertaan.
Bagi mendapat maklumat terkini tentang program-program TV9, boleh mengikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview saluran 109, Astro saluran 149, Unifi TV saluran 109 dan Tonton live TV.
- Kafebuzz.my

