10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Takkan nak tunggu dari langit, seorang pengarah perlu mempunyai ‘critical thinking’ dan strategi, boleh jual rojak, cucur, cekodok…” – Mat London

2 min read

Pandemik COVID-19 nyata memberi impak besar pada penggiat industri kreatif.

Bayangkan penggambaran terpaksa dihentikan sebaik Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) berkuatkuasa pada 1 Jun lalu. Semua pihak terlibat daripada pengarah, pelakon hingga kru produksi, masing-masing tidak dapat bekerja sehingga tiada pendapatan.

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim berkata, berbanding PKP 1.0 ramai penggiat industri kreatif tidak bersedia dari pelbagai aspek seperti fizikal dan mental tetapi kali ini FDAM berharap ahli dapat berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Apa yang boleh kita buat selama dua minggu duduk di rumah. Takkan kita nak tunggu dari langit, seorang pengarah perlu mempunyai ‘critical thinking’ dan mempunyai strategi, boleh jual rojak, cucur, cekodok segalanya untuk menampung pembelanjaan dapur.

“Pengarah juga adalah seorang pencipta dan pereka, bagaimana kita nak bangunkan diri sendiri dan keluarga. Jika pengarah kata saya terkesan kerana PKP dan tidak tahu buat apa-apa itu bohong, mereka tidak layak jadi seorang pengarah.

“”Pengarah boleh buat segala kerja, boleh jadi segalanya dan mencari rezeki yang halal. Insha Allah kita mendoakan tiada lagi PKP akan datang kerana ia sangat memberi kesan pada kita secara fizikal dan mental,” katanya dalam program FDAM Live yang disiarkan menerusi Facebook Page, FDAM baru-baru ini.

Berdepan pandemik COVID-19, Dr Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat London menyarankan semua pengarah dan ahli mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar bebas daripada COVID-19 dan tanpa rasa takut untuk kembali bekerja.

“FDAM dalam proses mencari ruang di satu tempat untuk seluruh warga FDAM mendapatkan vaksin. Kita telah membuat pendaftaran ahli dan nama mereka akan dihantar kepada pihak berwajib untuk dipertimbangkan sama ada divaksinkan secara berkelompok.

“Sebelum cukup bulan ini sekurangnya 80 peratus pengarah telah divaksikan terutama pengarah yang aktif dalam pengarahan sebab jika sudah vaksin, September kita bebas untuk mula penggambaran,” katanya.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *