Penggambaran Hati Yang Dikhianati dihentikan serta merta akibat PKP
2 min read
Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengenakan ‘total lockdown’ menjejaskan penggambaran sebuah drama.
Merujuk drama adaptasi terbitan produksi Global Station untuk Astro Prima berjudul Hati Yang Dikhianati terpaksa dihentikan penggambaran serta merta.
Ini berikutan prosedur operasi standard (SOP) ketika PKP yang tidak membenarkan penggambaran luar dijalankan. Drama tersebut sebelum ini disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Akibat ketiadaan drama bersiri itu yang direhatkan buat sementara waktu bagi episod 41 dan seterusnya bermula 7 Jun depan, slot tersebut diganti dengan drama bersiri terbaharu, Derita Untuk Bahagia.
Drama Hati Yang Dikhianati mengetengahkan format interaktif ‘open-ended’ yang memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan drama tersebut. Jalan penceritaan dan pembinaan watak dipengaruhi maklum balas audiens dan rekod jumlah tontonan dari semasa ke semasa. Jumlah keseluruhan episod untuk drama adaptasi ini bergantung kepada penerimaan penonton.

Bagi drama bersiri Derita Untuk Bahagia terbitan Astro Prima dan syarikat produksi MIG Productions merupakan sebuah naskhah asal yang mengangkat genre keluarga, persahabatan dan cinta.
Drama 30 episod arahan Ejump Mohd ini menampilkan David Teo selaku Produser. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini antaranya Azar Azmi, Hafreez Adam, Amar Baharin, Marisa Yasmin, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Dian P Ramlee, Riezman Khuzaimi, Harieyanto Hassan, Hilal Azman, Aida Othman dan Zarina Zainuddin.

Kisah Derita Untuk Bahagia akan bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 7 Jun 2021 di saluran Astro Prima (105) serta ia boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan tontonan yang lebih fleksibel.
- Kafebuzz.my

