Lebih 20 filem popular Hollywood hanya di FAM Movies
1 min read
Bermula 1 Jun, pelanggan ‘movies pack’ disajikan pelbagai filem nostalgia dari Hollywood.
Menerusi FAM Movies (saluran 400) merupakan saluran sementara yang disediakan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos tanpa caj tambahan disiarkan di TV, On Demand dan Astro GO.

Pelanggan boleh menikmati lebih daripada 20 filem popular dan ikonik dari tahun 1990-an hingga 2000-an bersama seisi keluarga di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara filem yang ditawarkan adalah koleksi filem pengembaraan komedi-drama seperti Big Fat Liar, dan sekuelnya Bigger Fatter Liar, filem pengembaraan komedi animasi, Shrek II, Panddington 1, juga sekuelnya Paddington 2.

Begitu juga, filem fantasi keluarga terkenal iaitu Casper, aksi magis dalam Sabrina The Teenage Witch dan filem sains fiksyen, Back To The Future III. Filem genre komedi keluarga seperti The Flintstones In Viva Rock Vegas, Grand-Daddy Day Care, Nanny Mcphee, The Perfect Man, aksi komedi dalam Kindergarten Cop 2, filem ikonik kanak-kanak seperti Little Rascals dan sekuelnya The Little Rascals Save The Day, serta siri filem komedi Problem Child, Problem Child 2 dan Problem Child 3 juga ditayangkan.

Filem aksi pengembaraan, Cop And A Half: New Recruit, filem ikonik Rowan Atkinson, Johnny English Reborn dan Johnny English Strikes Again, dan filem sains fiksyen, Small Soldiers termasuk filem muzikal romantik Mamma Mia dan filem drama romantik, Dean.
- Kafebuzz.my

