10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

HSN 2021 semarak semangat perpaduan, selari aspirasi ‘Keluarga Malaysia’

1 min read

Sambutan Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021) dirai dalam suasana norma baharu fasa Pelan Pemulihan Negara.

HSN 2021 bertemakan ‘Towards Sporting Nation’ merupakan platform terbaik memupuk dan menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa selari dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ yang baharu sahaja dilaksanakan prapelancarannya semalam (8 Oktober) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Annuar melakukan ‘penalty kick’ sebagai simbolik perasmian sambutan HSN 2021 Peringkat KKMM yang diadakan di Kompleks KKMM.

Selaras dengan itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menggalakkan seluruh warga termasuk di Jabatan dan agensi di bawahnya melaksanakan aktiviti sukan dan kecergasan bersempena dengan HSN 2021 bermula 29 September lalu dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pelbagai acara sukan termasuk sukan rakyat dipertandingkan secara berperingkat dengan melibatkan penyertaan seramai 600 warga KKMM.

Annuar (berbaju putih) bersenam dengan warga KKMM.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini melakukan ‘penalty kick’ sebagai simbolik perasmian sambutan HSN 2021 Peringkat KKMM yang diadakan di Kompleks KKMM.

Sambutan HSN 2021 KKMM turut dihadiri Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohammad Mentek, berlangsung meriah meskipun dengan kehadiran fizikal hanya seramai 50 orang warga KKMM bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Annuar bersama warga KKMM meraikan HSN 2021.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *