10/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Herpes bukan telur masam!

1 min read

Seorang wanita datang ke klinik mengadu sakit bibir melepuh.

Pada peringkat awal, dia menyangka ia hanya penyakit ulser biasa. Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh doktor mendapati ia adalah jangkitan oral herpes atau nama saintifik, Virus Herpes Simplex Type 1 (HSV-1). Wanita itu terkejut kerana tidak pernah mengalami luka sedemikian sebelum ini.

Kes tersebut mungkin pernah dialami golongan wanita yang mengambil ringan risiko penyakit itu yang sebenarnya boleh mengundang bahaya.

Menerusi perkongsian di Public Health Malaysia, penyakit HSV-1 sangat mudah berjangkit walaupun tiada terdapat luka. Ramai yang tidak menyangka penyakit ini berpunca dari ciuman kasih sayang; berkongsi gelas, sudu, berus gigi atau tuala; menggunakan lip balm atau lipstik kepunyaan orang lain.

Selain itu, punca penyakit ini juga boleh berlaku daripada aktiviti seks oral meskipun pasangan tidak mempunyai gejala. Malah, melalui sentuhan tangan ke mulut selepas menyentuh luka orang lain juga boleh menjadi penyebab penyakit ini merebak.

“Luka kecil di bibir, rasa terbakar, gatal, kadang disertai demam ringan dan keletihan. Walaupun tidak berbahaya bagi kebanyakan orang, ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan hubungan rapat jika tidak dirawat,” katanya dalam perkongsian di media sosial.

Sebagai peringatan, mereka yang pernah mengalami luka sejuk berulang di mulut dinasihatkan tidak malu untuk berjumpa doktor. Difahamkan, terdapat rawatan yang boleh bantu mengurangkan kesakitan dan menghalang jangkitan berulang.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga diri dan menjaga orang tersayang daripada terkena jangkitan. Walaupun hanya satu ciuman, ia sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada orang lain.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *