Ebit Lew jumpa ‘Mafia’, masyarakat Sao Paulo suka janggut
1 min read
Perjuangannya dalam berdakwah dan membantu manusia lain tidak terhenti.
Meskipun dihambat pelbagai kontroversi dan tohmahan segelintir pihak, Ustaz Ebit Lew terus menjalankan usahanya menghulurkan bantuan dan bersedekah pada golongan yang memerlukan.
Terbaharu, pendakwah terkenal itu singgah di Sao Paulo, Brazil bertemu dengan masyarakat setempat.
Apa yang menarik perhatian netizen menerusi satu postingnya di Instagram yang memuat naik video dia menghulurkan sehelai baju T kepada seorang lelaki yang mempunyai tatu penuh di badan.
Menurut statusnya, beliau menziarah satu kawasan di Sao Paulo, Brazil yang sebelum ini dikatakan sebagai kawasan berbahaya.
“Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal.
“Mereka hidup susah. Anak-anak tak sekolah. Sebelum duduk dalam khemah. Sekarang dapat bilik kecil duduk dengan keluarga. Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia,” katanya dalam akaun Instagram, @ebitlew, hari ini.
Ujarnya, ramai penduduk di kawasan tersebut juga hairan melihat janggut dan pakaiannya.
“Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami.
“Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan,” katanya.
- Kafebuzz.my

