Cirit birit bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng, petanda bahaya yang perlu diberi perhatian!
1 min read
Berita Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terkena cirit birit menarik perhatian ramai netizen sejak semalam.
Ada yang bersimpati tidak kurang ada yang menganggap ia suatu jenaka apatah lagi melihat poster rekaan dan kartun yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp berkumpulan.
Ada juga pelawak popular yang membuat komedi spontan mengenai cirit-birit yang mengajak penonton bergelak tawa.
Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan Perdana Menteri mengalami diarea sejak semalam (29 Jun). Beliau dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara pada pagi semalam untuk menerima rawatan dan pemantauan.

Boleh dikatakan majoriti daripada anggota masyarakat pernah terkena penyakit cirit-birit. Biasanya ia berpunca daripada makanan yang kotor dan tercemar yang masuk ke dalam badan.
Menurut Public Health Malaysia di Facebook, cirit birit bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Individu berisiko tinggi yang boleh terkena penyakit ini adalah mereka yang terdiri daripada warga tua berusia 60 tahun ke atas, wanita hamil dan kanak kanak, pesakit kronik, individu yang mengalami jangkitan akut dan mempunyai ketahanan tubuh yang rendah.
“Cirit birit adalah petanda bahaya yang perlu diberi perhatian. Sekiranya gejala ini berterusan berserta muntah, tidak dapat makan/ minum dan terlalu lesu, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera,” katanya.
- Kafebuzz.my

