10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Auntie dah tau ke, Papa dah pergi dulu…” – Tiara Jacquelina terima berita Mamat Khalid meninggal dunia

1 min read

Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Berita sedih buat industri perfileman tanah air itu tersebar meluas menerusi ruangan WhatsApp Group dan media sosial.

Pelakon terkenal yang juga produser, Puan Sri Tiara Jacqueline turut berkongsi berita mengejutkan itu menerusi akaun Instagramnya, @tiarajacquelina.

Menurutnya, beliau terkejut menerima panggilan telefon milik Allahyarham kira-kira 12.30 tengah malam sebelum dimaklumkan anak pengarah filem itu yang dikenali sebagai Amen mengenai bapanya sudah meninggal dunia.

“Auntie dah tau ke, Papa dah pergi dulu… Amen tahu Auntie sayangkan Papa, tu Amen call Auntie ni,” tulis Tiara dalam statusnya itu.

Amen juga memberitahu Allahyarham bapanya itu meninggal dunia kerana serangan jantung.

Sambung Tiara, ketika beliau menerima panggilan tersebut, beliau menjangka dua kemungkinan sama ada Allahyarham bersetuju menulis karya kedua yang pernah dijanjikannya beberapa tahun lalu atau berita sedih.

Tiara juga mendoakan rakan baiknya itu agar ditempatkan ke syurga dan sangat merindui Allahyarham.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *