10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Angkasawan Negara pergi bercuti bawa van restoran

1 min read

Mungkin terlintas di fikiran apakah kenderaan digunakan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar ketika bercuti dengan keluarga.

Jika orang lain yang ‘berduit’ lebih gemar menggunakan kenderaan mewah sebaliknya beliau sebenarnya lebih selesa menggunakan van biasa untuk pergi bercuti.

Dalam satu entri beliau di akaun Instagramnya @drsheikhmuszaphar semalam, beliau turut memuat naik videonya bersama isteri dan 6 anaknya menaiki van pergi melancong ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Anak-anak perempuan penat dengan PDPR, anak lelaki pun tak cukup rehat, bayi pun tak pernah pergi ke pantai dan mummy dan daddy perlukan rehat sebentar,” katanya.

Dalam status itu, beliau juga memberitahu mereka hanya pergi bercuti sekeluarga dengan menaiki van milik Restoran Rebung iaitu bisnes restoran yang diusahakannya bersama Datuk Chef Ismail Ahmad.

Ini bukan kali pertama beliau bersama keluarga menggunakan van tersebut yang mempunyai kapasiti 14 tempat duduk yang sesuai untuk membawa 3 pasangan anak kembarnya pergi bercuti.

Sikap ‘humble’ dan ‘sempoi’ Dr Sheikh Muszaphar yang juga doktor pakar bedah Ortopedik itu cukup menarik untuk dijadikan contoh pada netizen bahawa mempunyai kereta mewah bukanlah kayu pengukur pada kebahagian keluarga apatah lagi mahu menunjuk.

Beliau yang mempunyai 1.1 juta pengikut di media sosial itu menjadi idola rakyat Malaysia atas kejayaan sebagai angkawasan negara pertama ke International Space Station menaiki roket Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *