Selamat jalan CEO FINAS
1 min read
Hari ini hari terakhir beliau di FINAS.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri atas perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS.
Tarikh akhir beliau di FINAS berkuatkuasa hari ini (15 Oktober 2021).
“Sepanjang tempoh kepimpinan Dr. Ahmad Idham, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh FINAS terutamanya bagi memastikan kelangsungan sektor industri kreatif dalam mendepani cabaran penularan wabak pandemik COVID-19 antaranya menerusi Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Program Peningkatan Kapasiti
Kreatif Malaysia (MyCAP) serta inisiatif kebajikan penggiat industri kreatif,” kata kenyataan media tersebut.
FINAS juga memaklumkan tugas CEO FINAS akan digalas sementara oleh Rozita Waty Ridzuan yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS berkuatkuasa esok (16 Oktober 2021) sehingga pengganti baharu dilantik.
- Kafebuzz.my

