02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

4 Jam, lebih 100 soalan – Fahmi Fadzil jawab pertanyaan penggiat seni

1 min read

Sesi Town Hall Industri Kreatif yang berlangsung semalam mendapatkan sambutan positif daripada penggiat seni.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meneruskan pendekatan mendapatkan komen, cadangan dan mendengar luahan penggiat seni dalam Sesi Town Hall Industri Kreatif yang diadakan di REXKL, Kuala Lumpur.

“Meneruskan siri sesi town hall bersama pemegang taruh agensi-agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), malam ini saya meluangkan hampir 4 jam untuk menjawab lebih 100 soalan daripada rakan-rakan dalam industri filem.

“Saya bersama pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan KKD akan teliti semua perkara berbangkit terutama melibatkan isu kebajikan dalam industri. Saya percaya semua hadirin malam ini ingin melihat kemajuan dalam industri perfileman negara kita, Insha Allah kita usahakan yang terbaik,” katanya dalam status di media sosialnya.

Fahmi (dua dari kiri) bersama-sama Dr Md Nasir (kiri) dan Kamil (dua dari kanan) ketika Sesi Town Hall Industri Kreatif yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam. (Foto: Fahmi Fadzil)

Penganjuran Sesi Town Hall Industri Kreatif kali ini dianjurkan KKD bersama FINAS.

Hadir sama, Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim serta wakil persatuan-persatuan industri kreatif termasuk Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Fahmi meluangkan masa mendengar pertanyaan dan masalah penggiat seni menerusi Sesi Town Hall Industri Kreatif. (Foto: Fahmi Fadzil)
Antara penggiat seni yang hadir pada Sesi Town Hall Industri Kreatif yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam. (Foto: Fahmi Fadzil)
Mat London tampil bertanya soalan kepada Fahmi dan FINAS. (Foto: Fahmi Fadzil)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *