06/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Apabila SY Jadi Dr ‘Abang Sado’

1 min read

Jika dibuat tinjauan rambang tehadap pendengar stesen radio Melayu, tidak mustahil Sinar FM menjadi pilihan ramai.

Selain memainkan lagu retro dari zaman 70-an sehingga 90-an, Sinar FM juga mempunyai ramai pendengar setia kerana kekuatan barisan penyampai atau deejaynya yang cukup popular.

Deejay mereka seperti Salih Yaccob (SY), Kak Engku (KE), Khairil Rashid (Kril) dan paling bongsu, Feeya Iskandar sering menghiburkan ramai pendengar dengan celoteh mereka yang bersahaja.

Siapa sangka, SY yang suatu ketika dulu lebih dikenali sebagai pelakon komedi zaman 80-an boleh kembali popular sebagai deejay.

Sebagaimana populariti SY diminati ramai pendengar tidak kira usia, Sinar FM juga sempat berkongsi jenaka di Instagram, Sinar FM, apabila menampilkan SY sebagai ‘Dr Mike’ yang kebelakangan ini popular di media sosial kerana memiliki wajah tampan dan berbadan sasa atau ‘sado’.

image image image

– Kafebuzz.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *