Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Catat Rekod Baru
1 min read
Ini terbukti apabila filem adaptasi daripada siri kartun TV popular ini meraih kutipan RM25 juta dalam tempoh 3 minggu!
Pencapaian yang sangat memberangsangkan buat produksi Les’ Copaque Production itu secara tidak langsung mencatat kejayaan sebagai kutipan filem animasi tertinggi sepanjang zaman.
Mengikut maklumat yang dikongsi menerusi Instagram @finasmalaysia, filem tersebut ditonton 2 juta penonton sepanjang tempoh tayangan tersebut.
Sekuel Upin & Ipin kali ini menampilkan lebih banyak pembaharuan dan tarikan daripada animasi termasuk sistem bunyi di pawagam yang menggunakan teknologi Dolby Atmos. (Baca lagi: Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Guna Dolby ATMOS!!!)
Sudah tentu kejayaan filem ini suatu yang patut diraikan semua penggiat seni termasuk penonton yang banyak memberi sokongan ke pawagam untuk menonton filem tempatan.
- Kafebuzz.my

