Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Guna Dolby ATMOS!!!
1 min read
Cuti sekolah memang masa terbaik untuk tengok wayang.
Lebih mengujakan bila ada filem untuk kanak-kanak seperti Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang kini ditayangkan di pawagam.
Tidak kira kanak-kanak atau ibu bapa yang datang menemani anak-anak pergi menonton filem di pawagam sudah tentu, mencari cerita yang menghiburkan.
Bagi mereka yang berhajat mahu menonton filem terbaharu adaptasi kartun TV bersiri popular ini, boleh membuat pilihan untuk memilih pawagam yang menawarkan sistem audio Dolby ATMOS.
Nak tau apa beza pawagam biasa dengan pawagam yang mempunyai teknologi Dolby ATMOS ini rupanya penonton berpeluang merasai dan mendengar bunyi yang lebih jelas.
– Kafebuzz.my