11/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“There’s no time to waste” – Annuar Musa terus bekerja selepas diumumkan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia baharu

2 min read

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa komited menjalankan tugas sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia baharu.

“Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mempunyai peranan yang sangat penting, lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, keperluan pemerkasaan sektor digital di samping pembelaan kehidupan rakyat, saya komited untuk merangka hala tuju KKMM supaya lebih proaktif dan menyumbang kepada kemakmuran negara supaya seluruh Keluarga Malaysia memperolehi manfaatnya.

“Insha Allah, saya akan berusaha sedaya upaya bagi memikul tugas dan amanah yang diberikan ini sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan media pertama bersama KKMM, hari ini.

Tambahnya, beliau berharap akan mendapat kerjasama penuh daripada seluruh saf pegawai dan keluarga KKMM serta agensi-agensi di bawahnya.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan kita dapat bekerjasama dalam satu saf yang tersusun di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berbincang dengan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek untuk mendapatkan taklimat di kementerian itu.

Apa yang diperkatakan Annuar mengenai komitmen dan kesungguhannya terhadap portfolio baharu itu dibuktikan selepas nama beliau diumumkan Perdana Menteri sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, beliau terus mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek.

“There’s no time to waste. Hari ini saya terus mengadakan perbincangan bersama YBhg Dato’ Sri Hj Mohammad Mentek, KSU KKMM bagi mendapatkan sedikit taklimat supaya transisi berjalan lancar.

“Kami sepakat untuk memacu KKMM berlandaskan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh YAB PM iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat,” katanya yang berkongsi perkembangan terkini menerusi akaun Instagramnya, @annuar.musa56.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *