The First Responders papar keberanian pasukan penyelamat
1 min read
Ada sesuatu yang menarik menanti peminat drama Korea menjelang 12 November ini.
Sebuah kisah menarik mengenai pasukan penyelamat yang berusaha menyelamatkan nyawa mangsa yang terbabit dalam kemalangan dipaparkan dalam drama terbaharu berjudul The First Responders. Pasukan penyelamat ini merupakan pasukan pertama ke kawasan kemalangan yang sanggup berdepan bahaya dan risiko kehilangan nyawa sendiri.

Drama ini mengisahkan anggota penyelamat terdiri daripada Jin Hogae, seorang detektif yang berkarisma yang bijak memahami kes jenayah manakala Bong Dojin merupakan ahli bomba yang berpengalaman dalam menyelamatkan mangsa dan Song Seol, seorang paramedik yang mempunyai sifat penyayang. Kemalangan yang berlaku membawa mereka bertemu dan bekerjasama dalam menyelamatkan mangsa.
The First Responders dibintangi oleh Kim Raewon yang popular menerusi drama Doctors dan Black Knight: The Man Who Guards Me) sebagai Jin Hogae; Son Hojun (Dazzling, Reply 1994) membawakan watak Bong Dojin manakala Gong Seungyeon (Six Flying Dragons, Heard it Through the Grapevine) melakonkan watak paramedik bernama Song Seol.

Drama ini ditulis oleh Min Jieun (Partners for Justice) dan diarahkan Shin Kyungsoo (Nokdu Flower, Six Flying Dragons).
Buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang menonton The First Responders dengan penstriman saluran Disney+ Hotstar bermula 12 November 2022.


- Kafebuzz.my

