25/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Pengunjung berduyun sanggup mandi hujan demi Karnival Jom Heboh

3 min read

Karnival Jom Heboh mengakhiri siri jelajah tahun ini apabila lebih 350,000 pengunjung membanjiri pekarangan Puteri Harbour, Johor selama dua hari bermula 9 Disember lalu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Acara padang paling lama di Malaysia yang dibawakan khas oleh DuitNow ini sememangnya mendapat tempat di hati rakyat negara ini kerana pengunjung tetap berduyun-duyun memeriahkan suasana acara ini walaupun dalam cuaca hujan. 

Antara pengunjung yang membanjiri Konsert Jom Heboh di pekarangan Puteri Harbour, Johor baru-baru ini. (Foto: TV3)

Penampilan barisan selebriti popular tempatan membintangi drama-drama di TV3 dan TV9 menyaksikan reruai Drama Sangat dikerumuni ribuan pengunjung yang mahu beramah mesra dan bergambar dengan artis kesukaan mereka di samping melakukan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sana.

Antara barisan artis yang hadir ialah personaliti TV3 – Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah and Anim Ezzati, Fadlan Hazim, Riena Diana dan Elly Mazlein (drama bersiri Kampung People 3), Siti Nordiana, Fezrul Khan dan Adriana Adnan (Aku Seorang Perempuan), Amar Baharin (Terima Kasih Cinta), Nabil Aqil (Budak Tebing 3), Nabila Razali (Kerana Cinta Itu Ada), Shiha Zikir dan Redza Rosli.

Persembahan hebat daripada Shiha. (Foto: TV3)

Kemeriahan diteruskan apabila DuitNow menawarkan harga paling menarik buat pengunjung yang ingin menaiki belon udara panas dengan harga paling rendah iaitu RM1 seorang. Peluang keemasan ini membuatkan ramai pengunjung merebut peluang hingga tiba seawal 8 pagi untuk mendaftar dan menunggu peluang untuk menikmati pemandangan indah sekeliling Puteri Harbour bermula jam 6 petang. 

Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan bagi menghiburkan pengunjung menerusi reruai Media Prima seperti TV3, TV9, DIDIKTV KPM, Hot FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Tonton, WOWSHOP, New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Pengunjung cilik juga tidak melepaskan peluang berinteraksi dan bergambar dengan maskot daripada 8FM bernama Yat Yat, Alif & Sofia, Little Ammar dan Mila Mina. 

Pengunjung cilik didedahkan dengan ilmu celik kewangan bersama Skuad Didik. (Foto: TV3)

Pelancaran program kempen ‘SKUAD DIDIK DuitNow, GEN E-DUIT’ oleh DIDIKTV KPM menerusi SKUAD DIDIK memeriahkan suasana dengan memupuk nilai-nilai pemahaman kepada murid-murid mengenai celik kewangan iaitu pengurusan kewangan serta penggunaan perkhidmatan tanpa tunai yang membolehkan pembayaran atau menerima wang dengan mudah melalui penyertaan bengkel kewartawanan TV yang menarik dengan menggabungkan produk dan perkhidmatan DuitNow.

Buat julung kali Harian Metro mengadakan siri jelajah pertama Anugerah Ikon Sukan (AIS) di Konsert Jom Heboh kali ini. Penampilan istimewa calon ikon sukan Top 5 iaitu atlet sukan permotoran, Muhammad Hakim Danish Ramli yang merupakan (calon bagi kategori Ikon Sukan Harapan) dan bekas atlet silat negara, Al Jufferi Jumari (calon Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru). Antara aktiviti yang dijalankan semasa siri jelajah tersebut adalah sesi beramah mesra bersama atlet, jualan, mini badminton, sepak bola, kayuhan basikal statik, cenderahati eksklusif dan cabutan bertuah.

Belon udara panas antara tarikan pengunjung datang ke Karnival Jom Heboh di pekarangan Puteri Harbour, Johor baru-baru ini. (Foto: TV3)

Acara kemuncak pada jam 9 malam iaitu Konsert Jom Heboh dihoskan Fizi Ali bersama Ayu HotFM menggegarkan warga Johor selama dua malam berturut-turut. Persembahan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Shiha Zikir, Juita, Shila Amzah, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Afieq Shazwan dan Siti Nordiana, Alyph Sleeq, Sarah Suhairi, Yonnie boy, Kaka Azraff, Lia Aziz, Meernash, Insomniacks dan Zynakal.

Bagi penonton yang tidak berpeluang menyaksikan Konsert Jom Heboh pada minggu lalu boleh strim secara langsung di Tonton dalam format HD. Aplikasi Tonton boleh dimuat turun di App Store atau Play Store untuk menyaksikan konsert ini atau layari laman sesawang www.tonton.com.my.

Fizi ketika mengacara Konsert Jom Heboh. (Foto: TV3)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *