Superstar Salman Khan ajak penonton Malaysia ‘dating’ pada 3 Jun 2021
1 min read
Pawagam tutup bukan erti filem berkubur.
Justeru, peminat filem tempatan masih berpeluang menikmati filem terbaharu terus ditayangkan di rumah anda.
Bagi peminat filem Bollywood yang sekian lama merindui aksi superstar kegemaran mereka, filem Radhe: Your Most Wanted Bhai bakal menemui penonton tempatan pada 3 Jun ini.
Menariknya, filem lakonan utama, Salman Khan ini boleh ditonton menerusi platform Astro First dan tonton CINEMA (cinema.tonton.com.my).
Filem penuh aksi yang diarahkan oleh Prabhudeva ini menyaksikan Salman Khan bergandingan dengan aktres jelita, Disha Patani bersama aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda.
Dalam filem ini, Salman Khan juga bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri.
Plot filem ini mengisahkan Radhe lakonan Salman Khan yang merupakan seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja yang berlaku di Mumbai, India.
Sudah tentu apa yang diharapkan peminat dan penonton ialah mahu menonton ketangkasan dan kehebatan Salman Khan sebagai hero filem ini.

Dalam filem ini, Radhe berusaha menyelesaikan kes jenayah dengan caranya sendiri hingga membuatkan penjenayah berasa gerun dan akhirnya sindiket dadah tersebut berjaya ditumpaskan.
Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat Bollywood ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios.
Buat peminat dan penonton filem Bollywood, jangan lepaskan peluang ‘dating’ bersama Salman Khan menyaksikan filem Radhe: Your Most Wanted Bhai di pawagam rumah anda iaitu menerusi Astro First dan tonton CINEMA (cinema.tonton.com.my).
- Kafebuzz.my

