02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Selebriti muat naik aksi jelik di media sosial boleh dikenakan denda RM50,000 atau setahun penjara

1 min read

Amaran buat selebriti.

Bagi mereka yang memuat naik aksi tidak senonoh yang disifatkan sebagai sumbang dan jelik seperti video sebagai kandungan di media sosial boleh diambil tindakan undang-undang.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan pihaknya memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan TikTok masing-masing.

Susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, pada 15 Jun lalu.

Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *