02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Sambut Merdeka bersama Mawi Dalam Lautan Manusia di Sungei Wang

2 min read

Tinggal beberapa jam kita semua akan meraikan Hari Kebangsaan.

Nak ke mana? Takkan hanya duduk rumah.

Apa kata orang ramai mengambil kesempatan datang beramai-ramai singgah ke Pesta Buku Merdeka yang kini berlangsung di pusat membeli belah popular Sungei Wang, Kuala Lumpur.

Acara dengan tagline, Merdeka Dengan Membaca, pastinya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu ramai pengunjung termasuk peminat buku.

Khusus buat peminat Mawi, berita baik anda boleh mendapat buku autobiografi, Mawi Dalam Lautan Manusia, turut dijual di sana.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia boleh dibeli di Pesta Buku Merdeka di Sungei Wang, Kuala Lumpur. (Foto: Izzat Amir)

Menariknya, peminat berpeluang membeli buku Mawi ini pada harga diskaun.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia terbitan Rabak-Lit bersama Kafebuzz Media ini merupakan koleksi istimewa buat peminat dengan kualiti berwarna dan paling mengujakan kulit buku menggunakan kualiti Spot-UV.

Bagi mereka yang tidak tahu, Spot UV merupakan kualiti yang mahal dan eksklusif di mana gambar dan tulisan pada kulit buku tersebut timbul dan memberikan suatu kepuasan apabila pembaca memegangnya.

Pelbagai buku terbitan Rabak-Lit boleh dibeli pada Pesta Buku Merdeka yang berlangsung hingga esok. (Foto: Izzat Amir)

Penerbit Kafebuzz Media merangkap editor, Elrafaei Sapi berkata, sambutan positif peminat yang sudah membeli buku Mawi Dalam Lautan Manusia menunjukkan industri buku masih mempunyai masa depan kerana ada permintaan daripada pembeli.

“Tak rugi jika kita banyak membaca apatah lagi membeli buku untuk koleksi peribadi. Kepada orang ramai dan peminat Mawi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membeli buku Mawi Dalam Lautan Manusia pada harga diskaun.

“Berbeza dengan acara pesta buku lain seumpamanya, jualan buku kali ini diserikan pelbagai aktiviti yang membawa semangat patriotik agar orang ramai lebih bersemangat menyambut Hari Kebangsaan pada esok hari,” katanya.

Orang ramai yang ingin berkunjung ke Pesta Buku Merdeka, ia terletak di dalam pusat membeli belah Sungei Wang berhadapan bangunan ikonik, Lot 10.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia antara koleksi buku dijual di Pesta Buku Merdeka. (Foto: Izzat Amir)
Pengunjung boleh mendapatkan buku Mawi Dalam Lautan Manusia di reruai Rabak-Lit. (Foto: Izzat Amir)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *