10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

RTM bersikap adil, guna khidmat panel luar menilai 3,000 kertas cadangan

2 min read

Isu perolehan program TV diberikan pada syarikat produksi terus menjadi polemik kepada penggiat seni tempatan.

Read more: RTM bersikap adil, guna khidmat panel luar menilai 3,000 kertas cadangan

Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikritik kerana lambat dalam membuat keputusan terhadap kertas cadangan untuk penyediaan program TV di RTM.

“Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perolehan Program TV dan kita sudah buat keputusan, yang susahnya adalah ada 3,000 proposal yang datang dan kita cuma perlukan 50 sahaja,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi media sosial RTM.

Jelasnya, RTM bersikap adil dalam membuat keputusan berhubung syarikat produksi yang berjaya mendapat tawaran tersebut.

“Baru-baru ini dalam sesi townhall, mereka kritik kenapa RTM ambil syarikat tertentu sahaja. Supaya berlaku adil, kita panggil orang luar yang pakar untuk menilai, jadi keputusan sudah dibuat,” katanya.

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) baru-baru ini turut menyuarakan aduan ahli mereka yang tidak bekerja sehingga terpaksa duduk di kampung dan mengharapkan keputusan perolehan program TV daripada RTM dapat diumumkan secepat mungkin. (Baca lagi: PROFIMA mohon Kementerian Komunikasi dan Digital pandang serius isu tender kandungan RTM)

Suhaimi menambah, keputusan RTM menggunakan panel penilai dari luar menyebabkan ia mengambil masa untuk membuat keputusan.

“Kita nak berubah, jika dulu perolehan hanya sekali setahun, sekarang kita nak buat dua kali setahun, tiga kali setahun selepas itu.

“Jadi ini perubahan dasar memerlukan masa supaya semua peringkat ini betul,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa RTM sudah membuat keputusan iaitu syarikat produksi yang berjaya akan menerima Surat Setuju Terima (SST) pada September depan.

  • Kafebuzz.my

Foto: RTM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *