02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Rosyam Nor guna penimbang bukti rupanya simpan Piala Dunia!

2 min read

Ramai teruja menonton Piala Dunia.

Kejohanan bola sepak antarabangsa yang berlangsung 4 tahun sekali itu semakin hampir ke final yang dijadualkan pada 18 Disember ini.

Awal pagi esok, pasukan kegemaran ramai khusus umat Islam seluruh dunia iaitu Maghribi akan beraksi menentang Perancis jam 3 pagi (waktu Malaysia).

Ketika ramai peminat kedua pasukan resah menantikan perlawanan bersejarah kali ini, aktor popular Datuk Rosyam Nor sempat mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Dalam satu status di Instagramnya, @iamrosyam, beliau rupanya menyimpan ‘Piala Dunia’ yang menjadi rebutan pasukan yang bertanding pada Piala Dunia Qatar 2022.

“Harap-harap Morocco malam ni main untuk semi final akan masuk akhir. Siapa pun masuk akhir tak kisah sebab FIFA dah call aku, barang ni ada kat aku,” katanya penuh bangga.

Rosyam membuat kejutan apabila menunjukkan Piala Dunia.

Rosyam cuba menguji kebijaksanaan netizen apabila mengambil penimbang yang biasa digunakan peniaga di pasar malam sebelum menimbang Piala Dunia itu untuk membuktikan piala tersebut berat atau ringan.

“Macamana nak final kalau aku tak pergi Qatar. Berat 4 kilo 600 gram, siapa pun masuk final sama ada France atau Morocco, barang ada kat aku. Korang patut bangga sebab aku simpan World Cup,” katanya.

Rosyam bersama ‘Piala Dunia’.

Hero filem KL Menjerit itu sempat menunjukkan koleksi bola yang pernah digunakan ketika perlawanan akhir Piala Dunia iaitu di Jerman pada tahun 2006, Afrika (2010), Brazil (2014), Rusia (2018) dan juga terkini, tahun 2022.

Rosyam memang dikenali ramai rakan artis dan peminat dengan karakter suka bergurau turut berharap pasukan Maghribi menang pada perlawanan menentang Perancis dan masuk ke final.

Rosyam menunjukkan koleksi bola Piala Dunia yang dimilikinya.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *