Poster Tiada Tajuk Akhirnya Jadi ‘Cover’ Gila-Gila Sebenar!!!
1 min read
Filem Tiada Tajuk yang masih ditayangkan di pawagam sejak 4 April lalu terus meraih sambutan menggalakkan daripada penonton.
Bukan saja ada penonton tidak dapat beli tiket pada waktu tayangan pilihan tapi beberapa pawagam memang penuh penonton!

Senario sebegini sebenarnya jarang berlaku pada kebanyakan filem Melayu yang ditayangkan di pawagam.
Satu lagi berita gembira dikongsi penyampai radio Zayan itu apabila poster filemnya dijadikan muka depan majalah Gila-Gila!
Sebelum ini, pereka poster filemnya iaitu Kuku Besi pernah menghasilkan versi sendiri cover majalah komik popular itu. (Baca lagi: http://www.kafebuzz.my/2019/03/11/kuku-besi-dedah-rahsia-poster-filem-tiada-tajuk/)
Menurut Mawi menerusi Instagramnya, @cahayaasmawi, poster Tiada Tajuk dijadikan cover majalah Gila-Gila untuk edisi April.
Ini merupakan satu kejutan buat Mawi sendiri apatah lagi poster filem itu digunakan untuk edisi istimewa komik itu yang meraikan ulang tahun ke-41.
Jadi, memang benar filem Mawi suatu yang luar biasa bukan saja pada peminat dan penonton tapi kini menjadi sejarah dalam penerbitan komik popular itu.
- Kafebuzz.my

