Kuku Besi Dedah Rahsia Poster Filem Tiada Tajuk

Nampak mudah tapi sebenarnya tidak.

Ramai peminat yang terpegun dan kagum dengan poster filem Tiada Tajuk yang dihasilkan pereka grafik popular, Kuku Besi.

Ia bukan poster biasa-biasa sekadar tangkap muat tapi ketelitian setiap subjek atau motif pada poster filem arahan Mawi ini membuatkan ianya adalah karya ‘masterpiece’ yang bukan boleh dipelekehkan.

D25C6AA2-AA8F-42DC-8756-343C68A16BF9

Bukan bermaksud bila penyanyi popular Mawi bergabung dengan Kuku Besi jadi ‘meletup’ tapi idea untuk menghasilkan poster yang dinspirasi daripada majalah komik tersohor, Gila-Gila menjadikan hasilnya cukup membanggakan peminat dan pembikin filem tempatan.

Di sebalik keunikkan poster tersebut, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana teknik yang digunakan Kuku Besi untuk menyempurnakan apa yang diinginkan oleh Mawi sendiri.

Menerusi status di kukubesi manipulasi, pereka grafik itu berkongsi teknik yang digunakan untuk menghasilkan poster filem Tiada Tajuk.

Dia menunjukkan bagaimana contoh melakukan ‘editing’ pada gambar salah seorang pelakon utama filem ini, Joey Daud dari gambar asal kepada versi poster yang lebih mengancam dari aspek warna dan persembahan.

648B7BBC-55C5-4B0F-A30D-4101A0DA07ED

Meskipun jarang sebenarnya pereka grafik mahu berkongsi teknik sedemikian kepada khalayak yang dianggap rahsia tetapi perkongsian maklumat itu sedikit sebanyak dapat membuatkan orang ramai khusus peminat filem ini lebih faham teknik buat poster filem.

Apabila peminat sendiri teruja tengok poster, sudah tentu mereka juga tidak sabar untuk pergi menonton filem ini di pawagam pada 4 April nanti.

D52F6926-707C-45AC-9B20-9C8FFF2593A0

17979DE6-401D-4040-B1BE-4D05DEB36318

 

0141B7FE-5F6A-4E19-BAFA-D8B1BF8904AC

– Kafebuzz.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*