02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

PEMULIH: Lebih 8,000 penggiat seni terima bantuan RM100 juta

1 min read

Nasib penggiat seni atau industri kreatif diberi perhatian menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendengar keluhan golongan karyawan, artis, pemuzik, pelakon, penggiat teater, penulis dan krew produksi yang turut terkesan ekoran syarat PKP yang tidak membenarkan mereka terlibat dalam aktiviti seni dan persembahan ketika ini.

“Maka, bagi membantu lebih 8,000 penggiat seni dan terus menyokong industri seni dan kreatif tempatan, Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan.

“Peruntukan ini antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah PERKESO serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) hari ini.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *