Naik Vietjet dari Almaty terus ke Nha Trang
2 min read
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 jalinan hubungan diplomatik antara negara Vietnam dan Kazakhstan, Vietjet mengumumkan penerbangan terus yang menghubungkan bandar raya terbesar Kazakhstan, Almaty dengan bandar Nha Trang yang merupakan destinasi pelancongan Vietnam.
Penambahan penerbangan baharu dalam rangkaian penerbangan Vietjet ini adalah tepat pada masanya, kerana ia memperingati hubungan diplomatik kukuh antara Vietnam dan Kazakhstan serta bakal mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.
Majlis pengumuman tersebut dihadiri Timbalan Presiden Republik Socialis Vietnam, Vo Thi Anh Xuan bersama pemimpin-pemimpin dari kerajaan Kazakhstan dan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara. Perkhidmatan penerbangan dua kali seminggu ini bakal bermula pada bulan Oktober ini dengan masa penerbangan kira-kira 9 jam sehala.
“Dengan adanya rangkaian penerbangan baharu ini yang menghubungkan Kazakhstan dan negara-negara serantau lain dengan Vietnam, kami yakin ia akan meningkatkan pertumbuhan utama dalam sektor ekonomi, perdagangan dan pelancongan antara Vietnam dan Kazakhstan, termasuk negara-negara lain di rantau itu. Laluan penerbangan ini akan dikendalikan oleh Vietjet dengan menggunakan pesawat moden berbadan lebar A330 yang dilengkapi dengan produk, perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik untuk memenuhi keperluan penumpang untuk tujuan liburan dan perniagaan,” kata Chu Viet Cuong iaitu Naib Presiden dan ahli Lembaga Pengarah Vietjet pada majlis tersebut.

Sebagai bandar raya terbesar serta merupakan pusat kewangan dan kebudayaan Kazakhstan, Almaty terkenal sebagai pusat tarikan pelancong. Para pelawat ke Almaty boleh menikmati ketenangan di kawasan dataran dan juga pergunungan yang terkenal dengan pemandangan yang menakjubkan. Selain seni bina moden dan situasi jalan yang sibuk, pelancong juga boleh menjamu mata di tempat-tempat kebudayaan, kesenian unik dan landskap semula jadi yang indah.
Suasana iklim sederhana dan sinaran matahari sepanjang tahun, Nha Trang sekian lama menjadi destinasi pilihan percutian dalam kalangan pelancong dari serata dunia untuk menikmati cuaca tropika, pantai yang indah dan pelbagai makanan yang unik di bandar ini.

Vietjet sentiasa berusaha untuk pulih dengan pantas daripada impak COVID-19 dan memacu pengembangan rangkaian penerbangannya di dalam dan ke luar negara. Tindakan pantas ini bertujuan membantu memulihkan sektor pelancongan Vietnam dengan mempromosi destinasi dan laluan penerbangan baharu.
Setakat hari ini, Vietjet melebarkan sayapnya ke India, Jepun, Korea Selatan, Kazakhstan, dan bakal memperkenalkan Eropah dan Australia dalam senarai destinasi penerbangannya tidak lama lagi. Laluan penerbangan terus berjaya meningkatkan pertukaran ekonomi, kebudayaan, dan sosial antara negara dalam memainkan peranan penting proses pemulihan pasca-pandemik negara tersebut.
Pesawat-pesawat Vietjet moden mencerminkan imej bendera Kebangsaan Vietnam dan juga irama Hello Vietnam, sebuah lagu yang telah menjadi popular dalam kalangan rakan-rakan Vietjet dari serata dunia. Lagu ini mengirimkan satu pesanan kepada dunia, mengalu-alukan kehadiran mereka ke Vietnam, sebuah negara yang indah, ramah dan mesra untuk dikunjungi.
- Kafebuzz.my

