03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Menang hadiah eksklusif Disney+ sambil strim Disney+ Hotstar di Astro

2 min read

Istimewa buat pelanggan Disney+ Hotstar di Astro.

Meraikan bulan pertama Disney+ Hotstar di Astro, semua rakyat Malaysia boleh menyertai empat strim langsung, merangkumi sesi bertemu mesra secara maya bersama bakat tempatan popular dari kandungan terhebat Disney+ Hotstar seperti Zombitopia dan Club Mickey Mouse.

Menariknya, semua berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif Disney+ dengan menyertai kuiz semasa sesi strim langsung yang akan diadakan pada 8.30 malam, setiap Jumaat dari 9 Julai menerusi Facebook. Ia dihoskan personaliti popular dari jenama radio ERA, HITZ dan MIX termasuk Munabella, Isha, Keanu, Ashley dan Fabes.

Mengikut tema strim berbeza bermula jam 8.30 malam iaitu Kanak-Kanak pada 16 Julai di platform HITZ dan MIX, Adiwira (23 Julai) di HITZ dan ERA, Hiburan Keluarga (30 Julai) di MIX dan ERA.

Semasa strim langsung, rakyat Malaysia boleh menikmati penampilan tetamu istimewa yang membintangi kandungan dari Disney+ Hotstar serta artis dan personaliti tempatan popular yang akan berkongsi pengalaman mereka, dan adegan sebalik tabir secara eksklusif.

Strim langsung ini akan juga merangkumi kuiz mudah untuk semua peserta. Semasa kuiz berlangsung, 10 pemenang bertuah yang memasukkan jawapan betul di ‘chatbox’ laman Facebook seperti yang tertera di atas, berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif Disney+ termasuk pembesar suara Infothink Iron Man, Termos Star Wars, Rantai Kanak-Kanak Pop Star Wars: The Mandalorian, Bank Kuasa Bone Collection, Baju Panas The Falcon dan The Winter Soldier, Beg Kanvas Star Wars, Pad Pengecasan Tanpa Wayar Mickey.

Selain itu, pelanggan Movies Pack* Astro yang telah mengaktifkan akses mereka untuk Disney+ Hotstar juga dapat mengambil bahagian dalam pertandingan untuk hadiah eksklusif di laman web SYOK. Pelanggan perlu menghantar butiran yang diperlukan di laman web, beserta slogan kreatif untuk peluang menang hadiah.

Cara untuk mengaktifkan akses Disney+ Hotstar di Astro

Pelanggan ‘Movies Pack’* boleh ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk mengaktifkan kelayakan Disney+ Hotstar mereka: 

  1. Daftar Astro ID: Untuk mencipta Astro ID, layari astro.com.my/astroID. Pengguna Astro GO boleh menggunakan ID mereka yang sedia ada untuk daftar masuk. 
  2. Aktifkan: Pelanggan perlu layari astro.com.my/Disney, log masuk dengan Astro ID, masukkan nombor telefon bimbit untuk mengaktifkan kelayakan mereka.
  3. Strim: Selepas berjaya mengaktifkan (Langkah 2), pelanggan perlu muat turun aplikasi Disney+ Hotstar dari Apple App Store atau Google Play Store dan log masuk menggunakan nombor telefon seperti di Langkah 2. Pelanggan boleh menikmati Disney+ Hotstar melalui Ultra box pada akhir tahun ini. 
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *