01/07/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Kerjasama Netflix kukuh kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan Nombor 1 rakyat Malaysia dengan tawaran perkhidmatan penstriman terbaik

2 min read

Astro dan Netflix memeterai penjanjian strategik membawa perkhidmatan penstriman terkenal itu ke platform Astro.

Ia bakal memberikan pengalaman hiburan luar biasa kepada pelanggan Astro menikmati akses menonton Netflix menerusi kotak Ultra, sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang.

Ini merupakan antara ciri-ciri fungsi terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro. Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan Astro dan Netflix mereka dengan lebih mudah dalam satu bil sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik.

“Pelbagai kandungan hebat seperti naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati. Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix, Tony Zameczkowski pula berkata, rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo merupakan kisah-kisah terhebat yang boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati audiens di seluruh dunia.

“Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro kerana kerjasama tersebut membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran di https://astro.com.my/Netflix

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *