13/05/2024

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Kerjasama Astro bersama WeTV sebagai aplikasi penstriman premium ke-11, Pelanggan berpeluang tonton filem terbaik dari Asia Tenggara

2 min read

Platform over-the-top (OTT) semakin diminati ramai.

Begitu juga, Astro membawakan WeTV yang merupakan perkhidmatan penstriman terbesar teknologi China oleh Tencent menerusi Ultra Box. WeTV menawarkan kandungan berkualiti tinggi termasuk drama siri dan filem Cina, Korea, Jepun, Asia Tenggara dan Malaysia kepada peminat hiburan Asia merentasi serantau.

Kini pelanggan Astro dapat mengakses semua hiburan hebat yang diinginkan dengan penambahan WeTV VIP ke langganan melalui Astro dengan nilai terbaik hanya RM10.50/sebulan (harga runcit ialah RM11.90). Adanya WeTV VIP, pelanggan boleh menstrim pelbagai rancangan di Ultra Box, wetv.vip serta aplikasi mudah alih WeTV.

WeTV VIP memberikan akses dengan lebih awal kepada pelanggan untuk menikmati kandungan terhangat dan eksklusif, keupayaan untuk melangkau iklan bagi pengalaman penstriman yang lebih lancar serta menonton rancangan kegemaran anda pada dua peranti berbeza pada masa yang sama.

WeTV menawarkan pelbagai kandungan premium Asia yang boleh dinikmati peminat seperti drama Cina, Prosecution Elite dibintangi Dilraba Dilmurat, Tong Dawei, Gao Xin dan You Jingru; The Love You Give Me merupakan sebuah drama adaptasi novel popular oleh Shi Ding Rou; siri aksi-romantik Love of Replica dan romantik fantasi Lost You Forever; siri web indonesia Layangan Putus dan drama romantik Antares 1 & 2; serta banyak kandungan aksi fantasi Donghua (anime Cina) termasuk Soul Land, Swallowed Star, Perfect World dan Throne of Seal.

Kerjasama antara Astro dan WeTV menandakan inilah aplikasi penstriman premium yang ke-11 menyertai Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, WeTV dan ZEE5, selain daripada aplikasi Astro GO yang merupakan percuma kepada semua pelanggan. Adanya penyertaan lebih banyak perkhidmatan OTT, pelanggan Astro boleh mendapatkan pengalaman penstriman yang canggih dengan lebih banyak aplikasi yang bakal menjadi sebahagian daripada platform kami tidak lama lagi.

Astro juga telah melancarkan beberapa kemas kini baharu yang menakjubkan merentasi seluruh platformnya termasuk antara muka yang dikemas kini untuk memudahkan pelanggan mengakses episod baharu serta mendapatkan maklumat tentang program kegemaran. Selain itu, pelanggan berupaya menutup Skrin Pemilihan Profil mengikut kesukaan mereka serta melaraskan masa auto-standby di Ultra/Ulti Box. Pelanggan juga boleh mengakses aplikasi Astro GO dengan lancar melalui kod QR pada saluran 200 untuk menikmati Astro ketika dalam perjalanan.

Istimewa untuk 1,000 pelanggan baharu pertama yang mendaftar pek TV terpilih dengan Plug & Play Box terbaharu berpeluang melayakkan diri dalam Kempen Jaminan Wang Dikembalikan yang menjamin bayaran balik deposit sepenuhnya dan tiada yuran penamatan awal jika pelanggan mahu menamatkan perkhidmatan dalam masa 30 hari. Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.astro.com.my/lovein30days.

Pelanggan yang berminat boleh melanggan ke WeTV menerusi www.astro.com.my/WeTV untuk penjimatan yang lebih baik dan mengakses aplikasi pada Ultra Box untuk menikmati kandungan-kandungan Asia di TV skrin.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *