Kerajaan kawal media, jadi “Big Brother” hanyalah tohmahan tidak bertanggungjawab – Fahmi Fadzil
1 min read
Media di Malaysia masih boleh melaporkan berita secara bebas.
Itu jaminan diberikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang mengambil berat aspek peranan media di negara ini dalam menjalankan tugas.
“Kerajaan sentiasa menjamin kebebasan bersuara, namun ianya tidak membawa maksud seseorang individu boleh memfitnah atau mengeluarkan kenyataan 3R,” katanya menerusi laman media sosialnya, baru-baru ini.
Menurutnya, pihak media di negara ini boleh terus melaporkan berita dengan bebas selagi tidak melanggar Kod Kandungan yang selaras dengan Akta 588.
“Tidak cukup dengan itu, sebagai komitmen untuk meningkatkan lagi kebebasan media, Kerajaan bersetuju dengan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM).
“Maka, tuduhan atau persepsi kononnya Kerajaan mengawal media dan cuba menjadi “Big Brother” hanyalah tohmahan tidak bertanggungjawab,” katanya.
Ujarnya, tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap pihak media sepanjang Kerajaan Perpaduan memerintah.
“Sepanjang tempoh pemerintahan Kerajaan hari ini, tiada seorang pun wartawan atau pihak media ditahan oleh pihak polis, dan tidak ada satu akhbar atau syarikat media pun yang ditutup. Ini fakta yang tidak boleh dinafikan,” katanya.
- Kafebuzz.my
- Foto: Fahmi Fadzil – Facebook

