02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Aksi Harimau Muda dalam Kejuaraan B-23 AFF 2022 di TV9

2 min read

Berita baik buat penyokong setia Harimau Muda.

Stesen TV9 akan menyiarkan Kejuaraan B-23 AFF 2022 (ASEAN Football Federation U23 Championship). Pasti ramai peminat bola sepak tanah air teruja dan tidak sabar menyaksikan skuad bawah 23 tahun Kebangsaan beraksi. 

Kejuaraan B-23 AFF 2022 membabitkan 10 pasukan bawah 23 tahun dari negara-negara ASEAN ini akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja bermula dari 14 hingga 26 Februari ini di dua lokasi iaitu Stadium Visakha dan Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.

Juara bertahan kejohanan ini, pasukan Indonesia yang menewaskan pasukan Thailand dengan kemenangan 2-1 pada tahun 2019 menarik diri daripada kejohanan ini kerana ada dalam kalangan pemain mereka didapati positif COVID-19. Ini memberi peluang pada pasukan Kebangsaan untuk menjuarai kejohanan kali ini.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios: “Berita baik buat peminat tegar bola sepak tempatan kerana TV9 kini kembali menyiarkan perlawanan bola sepak setelah sekian lama. Bermula 14 Februari nanti, TV9 akan menyiarkan Kejuaraan B-23 AFF 2022.

“Kami berusaha untuk merealisasikan permintaan penonton setia kami yang meminati sukan bola sepak supaya mereka dapat menyaksikan semua perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Muda. Semoga jurulatih pasukan negara (B-23), Brad Maloney dan pasukan muda Malaysia berjaya!”

Pasukan Malaysia diletakkan di dalam kumpulan B bersama-sama Myanmar dan Laos. TV9 akan menyiarkan semua perlawanan kumpulan melibatkan pasukan muda Malaysia, perlawanan Thailand menentang Singapura, perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

Berikut adalah jadual perlawanan tersebut mengikut waktu Malaysia:

TarikhPerlawananWaktu
15 Februari (Selasa)Malaysia lwn. Myanmar4.50 petang
16 Februari (Rabu)Thailand lwn. Singapura7.50 malam
18 Februari (Isnin)Malaysia lwn. Laos4.50 petang
23 Februari (Khamis)Separuh Akhir 14.50 petang
24 Februari (Khamis)Separuh Akhir 28.20 malam
26 Februari (Sabtu)Penentuan Tempat ke-34.50 petang
26 Februari (Sabtu)Perlawanan Akhir8.20 malam
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *