23/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

24 jam selepas tayangan di Korea masuk Malaysia

1 min read

Peminat dan penonton drama Korea atau K-drama berpeluang menonton tiga drama bersiri terbaharu yang akan ditayangkan bermula bulan ini sejurus 24 jam drama-drama berkenaan dipertontonkan di negara sana.

Drama bersiri membawa kisah perundangan di Korea berjudul ‘Military Prosecutor Doberman’ menampilkan pelakon popular seperti Ahn Bohyun dan Jo Bo-ah akan disiarkan jam 9.15 malam ini di tvN (saluran 395 HD).

Peminat genre jenayah pula berpeluang menyaksikan drama bersiri, ‘A Superior Day’, dibintangi Jin Goo, Ha Do-kwon dan Lee Won-geun akan disiarkan bermula 14 Mac ini, jam 9.15 malam di tvN (saluran 395 HD).

Drama bersiri ‘Kill Heel’ menampilkan Kim Ha-neul, Lee Hye-young dan Kim Sung-ryung pula akan menemui penonton pada 10 Mac ini, jam 9.15 malam di tvN (Saluran 395 HD).

Bagi menambah keterujaan pada peminat drama K-drama dan K-pop, tiga lagi program menarik yang disiarkan pada minggu sama di Korea turut menemui penonton di negara ini iaitu ‘When My Love Blooms’ merupakan drama romantik menampilkan K-idol popular, Park JinYoung (GOT7), Yoo Ji-Tae, Lee Bo-Young, dan Jeon So-Nee, akan disiarkan pada 29 Mac ini, jam 9.15 malam di K-Plus (Astro GO Saluran 396).

Program realiti Korea, ‘The Sixth Sense 3’ dibintangi Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jessi, Mi-joo, dan Lee Sang-yeob pula pada 23 Mac ini, jam 10.30 malam di tvN (Saluran 395 HD) manakala ‘Shooting Stars’ iaitu program permainan Korea, menampilkan Lee Soo Geun, Bae Seong Jae akan disiarkan pada 9 Mac ini, jam 11 malam di ONE (Saluran 393 HD).

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *