03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Jelajah Busking GEGAR ke Terengganu, Kelantan dan Pahang bermula esok!

2 min read

Berita gembira buat pendengar GEGAR.

Sepanjang September ini, stesen radio popular Pantai Timur, GEGAR akan mengadakan acara Jelajah Busking GEGAR untuk semua pendengar mereka datang berhibur menyaksikan persembahan busking dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik.

Memilih tiga lokasi berbeza iaitu di Terengganu, Kelantan dan Pahang, acara ini akan berlangsung pada setiap Jumaat bermula 15 hingga 29 September ini.

Lokasi pertama acara ini akan bermula di Tapak Foodtruck Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu jam 9 malam esok diikuti Uptown Dataran MARA, Kota Bharu (22 September) dan Dataran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan (29 September).

Apa yang menarik perhatian pendengar kali ini, Jelajah Busking GEGAR menampilkan persembahan busking daripada artis tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, kumpulan Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli dan Razzuan Rosli.

Bagi menghargai pendengar, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang) dan Aswad Jalil (GEGAR Malam).

Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan.

Penyertaan terbuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking.

Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.

Bagi pendengar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, boleh melayari laman sesawang gegar.syok.my atau mengikuti platform media sosial GEGAR.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *