25/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Industri muzik Ipoh diiktiraf bersama UNESCO Creative Cities Network

1 min read

Jika sebut Ipoh, pasti ada yang terbayangkan nasi ganja.

Kehebatan menu turun temurun sejak berzaman itu yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh Perak bukan saja membuatkan orang tempatan di situ ‘ketagih’ tapi ia juga menarik perhatian pelancong dari negara jiran, Indonesia singgah mencuba.

Populariti Ipoh tidak hanya pada kepelbagaian makanan. Satu lagi pencapaian terbaharu Ipoh yang diraih di peringkat antarabangsa ialah perkembangan industri muzik di negeri itu turut serta dalam UNESCO Creative Cities Network (UCCN) bersempena Hari Bandar Dunia, baru-baru ini.

Ipoh mempunyai pelbagai lokasi menarik tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. (Foto: Kafebuzz.my)

Difahamkan, Ipoh antara 55 bandar di dunia yang menyertai UCCN seperti mana diumumkan Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

Merujuk satu kenyataan media UNESCO menerusi laman sesawangnya menyatakan bandar-bandar tersebut diiktiraf berdasarkan komitmen jitu dalam membangunkan budaya dan kreativiti sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan dan menunjukkan amalan inovatif dalam rancangan moden manusia.

“Dengan penyertaan bandar baharu ini, rangkaian kini mencapai 350 bandar daripada kalangan lebih 100 bandar mewakili 7 bidang kreatif iaitu seni tradisional, filem, gastronomi, kesusasteraan, seni media dan muzik.

Ipoh dipilih UCCN sebagai ahli baharu pada 31 Oktober lalu.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *