25/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

iQiyi merintis gelombang global hiburan Cina menerusi Ferryman: Legends of Nanyang

4 min read

iQiyi, platform hiburan Asia kegemaran ramai melancarkan siri drama asli Asia Tenggara, The Ferryman: Legends of Nanyang.

Melalui sidang media diadakan secara dalam talian baru-baru ini, ia dihadiri barisan bintang siri tersebut termasuk Lawrence Wong, Qi Yuwu, Kate Kinney, Tay Ping Hui, Jeanette Aw, Debbie Goh, Jojo Goh, dan Koe Yeet. Majlis turut menyaksikan tayangan treler global buat kali pertama bagi dua siri drama yang dinanti-nantikan, Danger Zone dan Rainless Love in a Godless Land.

Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa iQiyi, Kuek Yu-Chuang berkata, berdasarkan dapatan kaji selidik dalam talian yang dilaksanakan platform penstriman tersebut melalui Pollfish menyatakan permintaan bagi program berbahasa Cina semakin meningkat naik di seluruh dunia dan iQiyi sedang merintis jalan ke hadapan dalam segmen ini.

“Kami mendapat dorongan daripada bilangan ramai penonton di serata dunia yang ingin menonton drama berbahasa Cina. Memandangkan program berbahasa Cina merupakan sebuah trend hiburan terkini, saya merasa teruja mengumumkan koleksi ‘SWEET ON’, yang kami dilancarkan pada Mei 2021 mendapat sambutan memberansangkan dengan 59 juta tontonan di seluruh dunia. iQiyi komited menawarkan program hiburan berbahasa Cina terbaik untuk peminat kami,” katanya dalam satu kenyataan media.

Berdasarkan kaji selidik tersebut membabitkan 5,200 responden dari 26 negara menunjukkan 76 peratus daripada jumlah responden pernah menonton drama berbahasa Cina dalam tempoh dua tahun lalu, dengan 43 peratus menonton kandungan tersebut di platform penstriman. Satu daripada 2 responden turut menyatakan mereka gemar menonton C-drama dan akan mengesyorkan C-drama yang mereka gemari kepada orang lain.

Jumlah responden tertinggi yang menggemari C-drama adalah dari Thailand sebanyak 80 peratus, Malaysia (71 peratus) and Singapura (70 peratus). Sementara itu, satu kaji selidik lain di pasaran Malaysia pula menunjukkan 95 peratus rakyat Malaysia menonton sekurang-kurangnya satu program atau filem berbahasa Cina dalam tempoh setahun lalu.

Pratonton Istimewa: Drama-drama Berbahasa Cina Akan Datang

Selain daripada pratonton eksklusif selama 12 minit bagi The Ferryman: Legends of Nanyang, majlis turut menampilkan treler eksklusif bagi Danger Zone, dan Rainless Love in a Godless Land.

Tayangan ini turut memberi sorotan terhadap pengkhususan iQiyi dalam memenuhi kepelbagaian cita rasa dan pilihan genre penonton, di samping kekal komited membawakan kisah-kisah inovatif dengan kualiti produksi premium.

The Ferryman: Legends of Nanyang

Tayangan perdana global, 24 Ogos | Special sizzle (link)

Marilah mengintai ke alam ghaib dari “mata Yin Yang” protagonis Xia Dong Qing (Lawrence Wong) dan ikuti pengembaraannya yang luar biasa bersama bersama rakan-rakannya, Zhao Li (Qi Yuwu) dan Xiao Ya (Kate Kinney), yang mana mereka berkomunikasi dan membantu roh-roh yang tidak tenteram untuk menyempurnakan perkara yang belum sempat dilakukan sebelum meninggal dunia. Tersedia dalam Dolby Atmos dan 4K, The Ferryman: Legends of Nanyang adalah siri asli Asia Tenggara dan juga antarabangsa iQiyi yang pertama.

Danger Zone

Tayangan perdana global, 3 Sep | Treler

Siri drama penjara asli iQiyi berbahasa Cina pertama, Danger Zone membawakan sebuah kisah misteri tentang satu rantaian kes pembunuhan berlaku di sebuah bandar pinggiran pantai Donglin. Tanpa petunjuk yang konkrit untuk disiasat, penyiasat jenayah baharu Ren Fei (Berant Zhu) mendapat maklumat pertamanya daripada seorang pemanggil yang tidak dikenali iaitu seorang banduan bernama Liang Yandong (Vic Chou).

Rainless Love in a Godless Land

Treler

“Ini adalah sebuah kisah cinta di antara Dewa Hujan dengan manusia biasa, sebelum Perang Akhir Zaman.”

Berdasarkan kisah mitos puak orang asal Amis, Rainless Love in a Godless Land mengisahkan percintaan mustahil di antara seorang pemandu pelancong dengan Dewa Hujan yang mekar menjelangnya Perang Akhir Zaman. Diterbit dan diarah orang lama industri, siri ini menampilkan barisan pelakon yang pernah memenangi anugerah seperti Chiao Chiao Tzeng, Paul Fu, Kenny Yen dan penampilkan istimewa Alice Ko dan Joseph Cheng.

Kerjasama Berterusan untuk Memangkinkan Kemajuan

Berlangsung secara maya dari lokasi Sands Expo & Convention Centre di Singapura, sidang media Asia Pasifik “iQiyi Leads C-Wave” dan majlis pelancaran The Ferryman: Legends of Nanyang diadakan dengan kerjasama Marina Bay Sands dengan jayanya.

Sebagai sebuah platform dilahirkan di Asia, iQiyi berusaha menjadi lebih daripada sekadar platform khidmat penstriman hiburan dengan menerajui usaha-usaha memartabatkan industri hiburan.

Sebagai contoh, #JanganTontonHaram adalah sebuah kempen anti cetak rompak diterajui iQiyi Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk meningkatkan kesedaran awam tentang penyalahgunaan kandungan di platform-platform haram.

Kempen tersebut bertujuan memerangi isu semasa cetak rompak digital yang memberi kesan negatif kepada industri filem dan program TV di Malaysia. Bagi mengukuhkan perjuangan dan menyebarkan pesanan ini kepada lebih ramai penonton, iQiyi melantik koreografer dan penari Malaysia Jun Liu sebagai duta bagi kempen #JanganTontonHaram.

Metodologi: Kaji selidik secara dalam talian ini dijalankan dari 4 sehingga 15 Ogos 2021 melalui Pollfish, dengan mengumpul maklum balas seramai 5,200 responden dari 26 buah negara termasuk; Australia, Brazil, Kanada, Mesir, Perancis, India, Indonesia, Itali, Jepun, Malaysia, New Zealand, Peru, Filipina, Russia, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Taiwan, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Venezuela dan Vietnam.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *