Iman Troye kantoi sebagai aiskrim roti
2 min read
Tiada lagi kemanisan si Aiskrim Roti apabila identitinya didedahkan pada minggu kelima The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua.
Akhirnya, setelah empat minggu membuat tekaan yang salah, juri tetap berjaya ‘hit the bullseye’ dengan mendedahkan identiti di sebalik topeng Aiskrim Roti ialah penyanyi dan personaliti media popular, Iman Troye.
“Iman rasa berdebar bila duduk atas stage yang sangat besar untuk menunjukkan ‘side’ lain dan bakat Iman kepada orang ramai,” katanya selepas dia tidak dapat menyorokkan nada suaranya untuk mengelirukan orang ramai.

Lebih mengejutkan, tujuh juri TMSM termasuk Datuk Aznil Nawawi, Ramona Zamzam, Remy Ishak, Amy Mastura, Zizan Razak, Raja Azura dan Michael Ang berjaya mengumpul satu markah apabila mereka berjaya meneka nama Iman Troye sebagai wajah disebalik topeng Aiskrim Roti.
Zizan meraih tiga markah setakat ini menjadi juri dengan markah tertinggi, lantas kekal menjadi calon Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ diikuti Aznil dan Remy.

Dalam minggu kelima, program yang penuh dengan misteri ini menyaksikan tiga selebriti disebalik kostum Ratu Semut, Periuk Kera dan Aiskrim Roti terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’. Dengan markah terendah sebanyak 71.11%, Iman yang mempersembahkan lagu Assalammualaikum oleh Faizal Tahir tersingkir dari program nyanyian anjuran Astro Warna itu dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens.

Ini secara tidak langsung akan membawa 9 selebriti disebalik topeng Orkid, Rambutan, Seladang, Burung hantu, Mat Penyu, Bujang Senang, Si Merak, Ratu Semut dan Periuk Kera ke minggu seterusnya. Program TMSM disiarkan menerusi Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Ia juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO.

- Kafebuzz.my

