02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Hantar cadangan Bajet 2022 ke TikTok

1 min read

Anda ada cadangan untuk Bajet 2022?

Jika ada, jangan simpan dalam hati atau sembang di kedai kopi. Apa kata luahkan pandangan, cadangan dan idea tersebut kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang kini membuka ruang pada rakyat Malaysia untuk Bajet 2022.

Orang ramai boleh menghantar pandangan dan cadangan menerusi Laman Web Khas Bajet 2022 Kementerian Kewangan di sini.

Menerusi laman sesawang tersebut, orang ramai tidak perlu meletakkan butiran peribadi sebaliknya hanya jantina, kumpulan usia, bangsa, zon tempat tinggal, taraf pendidikan, status pekerjaan dan jumlah pendapatan.

Seterusnya orang ramai boleh menyatakan cadangan untuk Bajet 2022 dengan memilih topik disediakan iaitu Melindungi dan memulih Kehidupan serta mata pencarian; Membina semula daya ketahanan negara, memangkin pembaharuan dan lain-lain.

Orang ramai masih boleh menyampaikan cadangan menerusi Laman Web Khas Bajet 2022 Kementerian Kewangan.

Alternatif lain, cadangan tersebut boleh dirakam dalam bentuk video berdurasi 1 minit dan hantar ke platform TikTok dengan ‘hashtag’ atau tanda pagar, #MYInclusiveBudget #Bajet2022.

Merujuk satu status Tengku Zafrul di akaun TikTok miliknya, beliau menjelaskan MOF ingin mendengar hasrat dan pandangan rakyat Malaysia terutama golongan belia mengenai bajet. Laman sesawang Bajet 2022 dibuka hingga esok (15 September 2021).

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *