03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

FINAS perjelas SOP penggambaran & pawagam ketika PKP

1 min read

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memaklumkan aktiviti rakaman bagi penggambaran filem, drama, dokumentari, animasi, produksi muzik dan seumpamanya dibenarkan.

Merujuk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Am PKP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kebenaran tersebut diberikan tertakluk bagi rakaman dalaman (studio) dengan jumlah kru yang minima tanpa penonton.

Setiap produksi juga perlu membuat permohonan Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) dan tertakluk kepada pematuhan SOP Industri Kreatif yang ditetapkan oleh pihak MKN.

Dalam pada itu, FINAS juga memaklumkan operasi pawagam tersenarai sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan (Negative List) dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Walaubagaimanapun, aktiviti pawagam pandu masuk dibenarkan dengan syarat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN serta semua garis panduan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan.

Butiran lanjut mengenai SOP dan garis panduan tersebut boleh didapati menerusi laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my.

– Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *