25/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Filem Kritik: Pondan Lepas ‘Service’ Pun Boleh Insaf Dengar Azan Subuh!

3 min read

Soalan yang sama diajukan kawan-kawan dan pelajar saya bila saya syorkan pada mereka agar pergi tonton filem hebat ini!

Ya, ia memang sebuah filem yang hebat pada mata saya bukan sebab kenal pengarahnya secara lebih rapat sebagai sahabat.

Tapi filem ini seperti nasi lemak yang cukup ramuan. Nasi sedap, sambal sedap, telur sedap termasuk timun pun sedap.

Lakonan Achey Bocey sebagai Wak Calit juga memberi kekuatan pada penceritaan.

Bagi mereka yang ‘poyo’ pasti mengatakan ‘aku pun boleh buat cerita macam ni’ tapi harus ingat jika plot yang sama dibuat pengarah lain, hasilnya sudah tentu berbeza dan mungkin membosankan.

Sembang pasal filem pertama Mawi ini, banyak alasan yang boleh digunakan untuk menterjemahkan karya ini adalah ‘masterpiece’ yang bukan calang-calang.

Pertama kali tengok ketika filem ini masih ‘offline’, saya nak faham apa ceritanya. Tonton kali kedua, saya mahu melihat sama ‘final’ cerita ini dapat menghiburkan diri sendiri atau tidak sebagai penonton.

Kali ketiga, saya fokus pada aspek teknikal iaitu setiap babak yang dipersembahkan, dialog yang dilafazkan pelakon dan mesej disebalik apa yang berlaku.

Aktor popular, Kamarool Yusoff begitu cemerlang dalam menjiwai watak Ustaz Mutawassitah.

Fuhh… memang dahsyat! sebuah cerita yang dianggap klise jika dibentangkan pada mana-mana panel ‘pitching’ (mesti kena reject!) tapi ia berjaya digarap dengan sempurna oleh Mawi dengan gaya tersendiri.

Dah berapa banyak cerita pasal budak kampung nak jadi artis?

Bagaimanapun, aksi Hazama sebagai Abadi, Along Cham (Kuswadi) dan Joey Daud (Rumi) membuktikan lakonan mereka begitu cemerlang level bakal pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada mana-mana festival filem tempatan.

Watak Bo mampu meninggalkan kesan mendalam pada penonton menerusi dialog.

Sejujurnya, saya tidak pernah menonton telefilem Rock Sangkut meskipun filem ini adalah kesinambungan cerita TV tersebut.

Saya sendiri sebagai penulis skrip dan pernah mempunyai pengalaman mengarah video pendek berpandangan Mawi cukup berpengalaman dan teliti dalam menghasilkan filemnya ini.

Teliti bukan saja pada aspek pemilihan setiap pelakon termasuk watak pembantu tapi fokus pada babak, syot kamera, lokasi, nama tempat dan paling penting dialog.

Sudah banyak filem Melayu dikategori syok sendiri dan tangkap muat biarpun menggunakan pelakon popular tapi bab dialog hancur macam ayat budak baru masuk sekolah.

Sebagai contoh:

“Tuhan faham semua bahasa”
“Hanya Nabi Sulaiman AS saja ada barang itu”
“Malam Senin bai… malam perhimpunan setan!”
“Bayar 50 sen nak macam-macam”
“Ustaz Mutawassitah bukan nama najis ke?”

Itu semua bukan dialog biasa-biasa tapi ada elemen ‘punchline’ yang pasti buat penonton ketawa dan terhibur. Dalam erti kata lain, setiap dailog yang diucapkan pelakon sampai pada penonton.

Dalam filem Tiada Tajuk, ayam bernama Saleha juga digambarkan boleh bercakap!

Lakonan ketiga pelakon utama ini memang cukup menjiwai karakter masing-masing. Bukan mudah nak tonjol imej budak kampung yang naif pergi ke bandar nak jadi artis.

Imej itu sendiri bukan hanya pada pakaian dan percakapan tapi reaksi bahasa tubuh sangat penting dalam menyampaikan mesej pada penonton.

Plot cerita ini memang boleh diagak pada awal bagaimana penamatnya tapi cabaran buat Mawi adalah membuatkan penonton gelak dan pada masa sama sedih dan insaf!

Berapa banyak filem atau drama yang tunjuk babak azan penuh sehingga membuatkan hati penonton tersentuh lalu insaf bukan isap!

Props rumah bawah tanah didiami Bo membawa mesej tersirat pada penonton.

Setiap babak mempunyai mesej tersendiri. Mungkin cerita ini mampu membuatkan penonton teringin ikut jejak langkah Bo ke Tanah Suci.

Mungkin filem ini membuatkan hati penonton terdetik untuk bertaubat apabila melihat jenazah Pak Imam dimandikan mahupun pondan lepas ‘service’ pun boleh insaf dengar azan Subuh!

Mungkin filem ini membuatkan penonton merindui al-Quran yang dah lama tak baca apabila ia dibacakan dengan begitu indah oleh Cahaya lakonan Amira Othman yang turut berzanji.

Secara ringkas, filem genre komedi Islamik ini berjaya memberikan satu hiburan yang mungkin selama ini penonton nantikan dalam filem Melayu dalam genre sedemikian.

Tak rugi tengok lebih daripada sekali sebab filem ini mampu memberi keinsafan pada sesiapa saja dan filem ini juga hebat kerana ia berjaya membawa dakwah pada penonton dalam cara hiburan yang santai.

Pujian juga harus diberikan pada penyanyi merangkap pemuzik terkenal, Oja kerana bertanggungjawab dalam melakukan proses skor muzik.

Bayangkan bagaimana dalam satu babak penonton boleh jadi sedih dan kemudian tukar ketawa dek kerana skor muzik yang tepat.

Nak cari makna ‘ikhlas’ dan tanya sama ada kita ‘kenal diri’ sendiri, filem ini wajib untuk ditonton!

Sentiasa ingat kata Bo – “Kiamat sudah dekat, mustahil makin jauh”

Penulis ialah Elrafaei Sapi (FDAM)

  • CEO Kafebuzz
  • Pensyarah Sambilan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *