02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Fauzi Nawawi perkenal Menu Rahmah, Mi Ramping Lisdawati jadi tarikan Kafe Boi Boi

2 min read

Ramadan tiba pastinya lokasi berbuka menjadi tumpuan ramai.

Begitu juga, jika ingin mencari aneka juadah Melayu termasuk dari Sabah dan Sarawak di sekitar Lembah Klang, boleh cuba singgah ke Kafe Boi Boi yang terletak di No.14, Jalan Inai off Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Kafe Boi Boi dirasmikan Tan Sri Mazlan Lazim baru-baru ini. (Foto: Kafebuzz)

Menariknya, kafe ini diusahakan selebriti popular, Fauzi Nawawi dibantu isterinya Lisdawati.

Fauzi berkata, dia berbesar hati menjemput rakyat Malaysia tidak kira berbilang bangsa termasuk pelancong luar negara menikmati pelbagai juadah tempatan yang lazat disediakan.

“Sejak mula beroperasi pada 10 Februari 2023, sambutan diberikan pengunjung begitu menggalakkan. Kafe Boi Boi menampilkan konsep yang menyatukan makanan Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang boleh dinikmati dalam sebuah kafe,” katanya kepada Kafebuzz.

Kafe Boi Boi turut memperkenalkan Menu Rahmah.

Menurutnya, idea mengusahakan bisnes Kafe Boi Boi ini datang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan akibat pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

“Pada masa itu juga, orang Sabah dan Sarawak tidak dapat balik ke kampung halaman. Justeru, Kafe Boi Boi cuba membawakan makanan popular dari sana ke sini.

“Kebanyakan orang Sabah sebenarnya belum pernah mencuba makanan-makanan istimewa ini apatah lagi orang Semenanjung juga jarang atau mungkin tidak pernah mencuba makanan dari Sabah dan Sarawak antaranya Mi Tuaran, Amplang Ikan dan Nasi Lemak Ikan Basong serta Laksa Sarawak,” katanya.

Lisdawati berkongsi menu istimewa bersama pelanggan Kafe Boi Boi.

Jelasnya, Kafe Boi Boi menawarkan sesuatu yang istimewa buat pelanggan bersempena Ramadan untuk datang berbuka puasa.

“Di sini tiada Bufet Ramadan tetapi kami menawarkan Menu Rahmah pada harga berpatutan. Khusus buat pelanggan wanita yang ingin makan tetapi mahu mengekalkan amalan diet.

“Lisdawati memperkenalkan menu istimewa iaitu Mi Ramping. Dicampur dengan ramuan istimewa yang ringkas bersama sambal, menu air tangan Lisdawati ini mampu menambat hati pelanggan yang pertama kali mencubanya.

“Buat rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, jangan lepaskan peluang merasai keenakan makanan yang dijual di Kafe Boi Boi,” katanya.

(Dari kiri) Fauzi, Lisdawati, Dafi dan Joanne. (Foto: Kafebuzz)

Kafe Boi Boi dirasmikan mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Lazim baru-baru ini. Pada majlis tersebut, selebriti Shamsul Ghau Ghau turut hadir membacakan doa.

Fauzi (kanan) memberikan ucapan pada Majlis Perasmian Kafe Boi Boi sambil disaksikan Tan Sri Mazlan Lazim. (Foto: Kafebuzz)
Fauzi dibantu Lisdawati menguruskan Kafe Boi Boi. (Foto: Kafebuzz)
Lisdawati dan Fauzi ketika ditemu bual rakan media pada Majlis Perasmian Kafe Boi Boi di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Foto: Kafebuzz)
Fauzi memperkenalkan Menu Rahmah pada harga berpatutan. (Foto: Kafebuzz)
Pelanggan Kafe Boi Boi boleh mencuba menu Durian Brownies (Foto: Kafebuzz)
Puding Longan Kelapa antara menu istimewa buat pelanggan Kafe Boi Boi. (Foto: Kafebuzz)
Mini Kampia antara menu unik di Kafe Boi Boi. (Foto: Kafebuzz)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *