“Buat apa pinjam, lebih baik beli sendiri” – Mawi Dalam Lautan Manusia menanti pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
2 min read
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 sudah sampai ke penghujung.
Hari terakhir sudah pasti jadi tumpuan ramai pengunjung yang masih belum sampai. Apa lagi ditunggu, inilah masanya pengunjung borong buku yang dijual murah pada harga diskaun.
Buku biografi, Mawi Dalam Lautan Manusia yang membawa kisah hidup sebenar bekas juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Mawi masih boleh dibeli di PBAKL yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Produk terbitan Kafebuzz Media bersama Rabak-Lit ini sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat dan pembeli menerusi pelbagai pesta buku termasuk jualan secara dalam talian. Kini menerusi PBAKL, peminat dan pengunjung boleh mendapatkan buku ini secara terus di reruai Rabak-Lit yang terletak di tingkat 4, WTCKL.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia merupakan koleksi istimewa buat peminat menampilkan reka bentuk eksklusif dengan kualiti berwarna pada setiap muka surat dan paling mengujakan ialah kulit buku dengan kualiti Spot UV yang merupakan kualiti mahal dan bersifat eksklusif di mana gambar dan tulisan pada kulit buku tersebut timbul dan memberikan suatu kepuasan pada pembaca apabila memegangnya.
Penerbit Kafebuzz Media merangkap Editor Mawi Dalam Lautan Manusia, Elrafaei Sapi berkata, buku ini merupakan koleksi wajib dimiliki setiap peminat Mawi termasuk sesiapa saja yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam industri kreatif.
“Pinjam buku dengan orang dibanding memiliki sendiri buku memberikan pengalaman berbeza. Tak rugi jika membeli buku biografi Mawi Dalam Lautan Manusia kerana ia merupakan koleksi yang tiada dalam buku biografi lain dari aspek penceritaan dan paling menarik ialah kualiti buku itu sendiri yang membuatkan pembeli rasa sayang untuk simpan dengan baik. Justeru, buat apa pinjam, lebih baik beli sendiri,” katanya.

Buku setebal 76 muka surat ini ditulis Mawi sendiri yang berkongsi pengalaman hidup yang pernah dilaluinya sebelum menyertai AF3 sehingga melalui pelbagai peristiwa pelik yang hampir meragut nyawanya.
Bagi peminat Mawi yang masih mencari buku biografi ini boleh berkunjung ke reruai Rabak-Lit. Istimewa buat pengunjung PBAKL berpeluang membeli buku Mawi Dalam Lautan Manusia pada harga diskaun.

Peminat Mawi dan pengunjung PBAKL boleh datang ke WTCKL dengan pengangkutan awam menerusi tren LRT ke stesen PWTC. Pengguna juga dinasihatkan agar membeli token perjalanan tren lebih awal agar tidak beratur panjang dan bersesak membeli di kiosk.
Esok masih cuti, jadi apa kata jom datang beramai-ramai singgah ke reruai Rabak-Lit di Tingkat 4, WTCKL.


- Kafebuzz.my

