10/06/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Ella dan Misha Omar muncul bersama

1 min read

Setelah 4 episod bersiaran, program hiburan nombor satu di Malaysia, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan terus menarik perhatian penonton dengan pelbagai kejutan dan aksi dari artis jemputan. 

Pada minggu ini, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan dua artis hebat tanah air iaitu Ratu Rock, Ella dan Misha Omar sebagai artis jemputan.

Ella (dua dari kanan) bersama Misha (dua dari kiri) bergandingan menerusi program I Can See Your Voice Malaysia 5. (Foto: TV3)

Gandingan dua penyanyi popular ini sememangnya menggegarkan pentas musim kelima. Gelagat Ella yang bersahaja pasti membuatkan penonton tidak kering gusi melihatnya apatah lagi digandingkan dengan pemenang vokal terbaik 3 kali pada Anugerah Juara Lagu, Misha yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian. 

Untuk episod kelima yang akan bersiaran pada malam ini menampilkan artis-artis jemputan yang dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick serta Lan Solo, Zarul Umbrella manakala Amy Mastura sebagai penyiasat jemputan untuk bersama-sama mengenal pasti penyanyi dalam kalangan peserta.  

Janna Nick menjadi penyiasat tetap. (Foto: TV3)

Program I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Amy Mastura tampil sebagai penyiasat jemputan. (Foto: TV3)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *