02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Datuk Yusof Haslam kongsi momen terakhir dalam Gerak Khas The Finale

1 min read

Selepas 21 tahun, segalanya bakal berakhir malam ini.

Sekian lama penonton Malaysia berhibur dengan drama bersiri popular, Gerak Khas di televisyen kini, ia sampai ke penghujung.

Menariknya, episod akhir Gerak Khas The Finale malam ini menampilkan aksi lakonan Datuk Yusof Haslam. Dalam satu video promo sedutan episod akhir drama itu menyaksikan beliau akan bersara daripada perkhidmatan polis.

Drama bersiri Gerak Khas yang diminati ramai generasi tua dan muda bukan sekadar hiburan semata-mata buat beliau selaku produser drama TV bersejarah dalam industri hiburan tempatan.

Pelbagai cabaran dan dugaan diterima beliau sepanjang menerbitkan drama bersiri tersebut dari stesen televisyen kerajaan hingga beralih ke TV3.

“Mengabdikan diri dalam pasukan polis, satu jangka waktu yang cukup panjang. Saya masih terus berjuang selagi saya sihat, selagi saya mampu ,” katanya dalam video promo tersebut.

Bagi orang lama sepertinya yang sudah ‘makan garam’ dengan perangai stesen TV yang meluluskan bajet penerbitan hingga mendapat kelulusan dari Bukit Aman untuk siaran, Gerak Khas turut menjadi pencapaian terbaik buatnya sebagai produser.

Pada penonton, jangan lepaskan peluang menyaksikan episod akhir drama bersiri kepolisan popular, Gerak Khas The Finale di TV3 jam 10 malam ini.

  • Kafebuzz.my
  • Foto: Kafebuzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *