02/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Dalami akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad SAW di Podcast Kekasih Allah

1 min read

Pelbagai pengisian menarik diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul.

Stesen TV AlHijrah juga tidak ketinggalan menyiarkan program menarik pada hari istimewa memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Program Podcast Kekasih Allah akan menemui penonton jam 9 malam ini.

Program istimewa, Podcast Kekasih Allah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Podcast yang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa ini membawa penonton mendalami akhlak dan keperibadian Baginda untuk diteladani dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. 

Program berdurasi 30 minit ini turut mengupas isu-isu semasa yang berlaku dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan. Ia dihoskan Ustaz Azhar Ghazali bersama panel jemputan iaitu Sheikh Mohd Nazrul Abd Nasir.

Begitu juga, program Peristiwa Maulid yang akan disiarkan esok (17 September), jam 9.30 malam mengajak penonton bersama-sama menghayati dan mendalami peristiwa kelahiran serta sejarah kehidupan Baginda bagi menyuburkan, menghangatkan rasa cinta dan rindu kepadanya.

Pelbagai program menarik untuk penonton TV AlHijrah.

Mengangkat tema Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI, TV AlHijrah menyambut Maulidur Rasul kali ini dengan  menyiarkan 5 program islamik menarik untuk tontonan masyarakat umum.

Selain Podcast Kekasih Allah dan Peristiwa Maulid, penonton juga dihiburkan dengan program Malam Cinta Rasul, Assalamualaikum Khas dan Apa Cerita Kome? Istimewa Maulidur Rasul.

  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *