“Bukan saya nak ‘propa’ atau marketing” – Ustaz Kazim Elias tunjuk wajah sebenar tanpa solekan secara langsung di TV
2 min read
“Bukan saya nak ‘propa’ (menipu) atau ‘marketing’, nama saya orang dah ramai kenal,” kata Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE).
Penceramah popular itu berkongsi pengalaman hidup yang dilaluinya ketika ini sama ada dia masih sakit atau hanya gimik kesan solekan ketika penggambaran sebuah filem lakonannya baru-baru ini.

Jelasnya, dia mengidap penyakit misteri yang dipercayai akibat perbuatan sihir sejak tahun 1997.
“Memang saya baru habis ‘shooting’ filem baru-baru ini tapi saya berkongsi kisah saya ini sejak tahun 1997.
“Tangan saya okay tapi kesan solekan saya itu menunjukkan apa yang yang terjadi sebenarnya di bahagian badan lain. Orang dah tahu cerita saya sakit tapi walaupun saya sakit saya tetap mahu berdakwah,” katanya dalam program Meletop yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, malam tadi.

Akuinya, apabila dia sering buat kerja termasuk berdakwah sekurangnya beliau dapat melupakan sakit.
“Saya tak boleh tidur malam bukan makan bulan tapi bertahun. Saya cuma boleh tidur dalam kereta.
“Paha saya macam budak sekolah, saya pakai ‘make up’ bila keluar bukan baru tapi dah lama.
“Selama ini saya pakai ‘foundation’ tebal-tebal pada muka. Sebelum orang pakai ‘face mask’ saya dah pakai bertahun-tahun,” katanya.
Sebagai selebriti TV yang sering berceramah depan khalayak, beliau mengakui tertekan dan malu untuk berjumpa orang dan pada masa sama masih berusaha pergi berubat.
“Sehingga kini Allah belum izinkan. Saya sudah berjumpa pakar perubatan, sebab itu saya kata tolong bantu.
“Saya sudah lalui 5 ‘operation’ untuk tengok penyakit saya. Bukan saya mahu meraih simpati, ramai bantu saya dan ahamdulillah Allah masih beri saya kekuatan,” katanya.

Pada program TV tersebut, DUKE juga menunjukkan rupa sebenar pada mukanya tanpa solekan. Dia menggunakan tisu basah untuk membuang solekan pada mukanya sehingga kelihatan tompok-tompok hitam.
“Muka saya ini tiba-tiba keluar darah, ada tompok hitam dan ada parut. Saya dah jumpa 9 doktor pakar kata ia bukan enzima.
“Saya tak boleh kencing sebulan hingga doktor terpaksa tembuk di perut,” katanya kini tampil membintangi filem biografi, Zim Zim Ala Kazim arahan Mawi.

DUKE mengakui beliau terkena sihir sehingga melalui satu kejadian pelik di mana jarum keluar dari perut ketika mandi pada Ramadan lalu.
“Memang cita-cita saya nak mati dalam berdakwah, jika mati saya redha,” katanya.
- Kafebuzz.my

