Beribu Jam Hiburan, Disney+ Hotstar tawarkan kualiti visual dan audio terbaik
2 min read
Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan, Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia bermula 1 Jun lalu.
Sebagai platform yang menawarkan cara baru bagi menikmati kandungan popular daripada jenama-jenama hiburan paling ikonik seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars dan National Geographic, penonton juga dapat menikmati pelbagai siri hiburan dan filem serta karya tempatan dan Asia yang terulung.
Menariknya, Disney+ Hotstar membawa beribu-ribu jam hiburan untuk segenap lapisan umur, dengan beraneka pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18,000 episod terbitan The Walt Disney Company.
Pelbagai rancangan terbaru juga menanti seperti Raya and the Last Dragon (penstriman bermula 4 Jun) dan Luca (18 Jun), filem-filem blockbuster seperti Avengers: Endgame dan Frozen 2, Disney+ Originals eksklusif seperti Loki (9 Jun), The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan The Mandalorian, serta tayangan perdana eksklusif beberapa filem dan siri drama buatan Malaysia yang paling dinanti-dinantikan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia (2 Julai), Ada Hantu (13 Ogos), Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah (25 Jun).

Merujuk pada semakin banyak filem and siri TV tersedia dalam format Dolby Vision® HDR dan Dolby Audio™, pengguna dengan peranti yang serasi boleh menstrimkan rancangan kegemaran menerusi Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio yang terunggul.
Penonton boleh menikmati kedua-dua format visual dan audio ini menerusi aplikasi Disney+ Hotstar Android TV and Apple TV. Dolby Vision menawarkan kualiti imej yang ultra jelas, manakala Dolby Audio menawarkan bunyi yang jelas, perincian dialog yang mudah didengar serta kesan bunyi yang realistik bagi merancakkan lagi babak kegemaran anda!

Pengarah Urusan, Bahagian Pasaran Baru Muncul Dolby Laboratories, Pankaj Kedia berkata: “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Disney+ Hotstar untuk membawa kualiti audio dan visual yang terunggul ke platform Disney+ Hotstar di Malaysia. Dengan Dolby Vision dan Dolby Audio, penonton pasti dapat menikmati pengalaman menakjubkan dengan kandungan Disney+ Hotstar kegemaran mereka dari keselesaan ruang tamu pada bila-bila masa.”

Antara kandungan yang dapat dinikmati pelanggan Disney+ Hotstar dalam format Dolby Vision dan Dolby Audio di Malaysia adalah adiwira Marvel (Marvel Super Heroes) iaitu The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision, Avengers: Endgame, Black Panther dan Marvel’s 616.
Disney+ Originals pula menawarkan filem The Mandalorian, Star Wars: The Bad Batch, Flora & Ulysses, Black Beauty, Pixar Popcorn, Hamilton, Lady and the Tramp dan Forky Asks A Question manakala program kegemaran Disney pula seperti Soul, Mulan (2020), Onward dan Diary of a Future President.

Susulan pelancaran ini, pelanggan dapat menstrimkan Disney+ Hotstar pada pelbagai peranti TV mudah alih dan bersambung yang serasi, termasuk pemain media penstriman. Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua penstriman secara serentak, dan kebanyakan kandungan adalah tersedia untuk dimuat turun pada telefon bimbit dan tablet.
Semua kandungan bukan sahaja bebas iklan, malah berbekalkan satu bahagian kandungan yang dikhususkan untuk kanak-kanak dan sesuai dengan usia, serta antara muka pengguna yang mesra kanak-kanak dan mudah dilayari.

Orang ramai boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi DisneyPlusHotstar.my atau memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS untuk menikmati penstriman dengan RM54.90 untuk tiga bulan.
- Kafebuzz.my

