Beraya bersama ERA di media sosial
1 min read
Sempena Aidilfitri kali ini, peminat ERA boleh menikmati Muzik video, Lagu Kecoh Raya menerusi YouTube ERA, menampilkan penyanyi dan selebriti tempatan seperti Ara Johari, Ucop, Naim Daniel, Diana Danielle, serta dua personaliti ERA iaitu Danial Zaini dan Zahier Yusoff.
Program konsert maya iaitu Virtual Raya ERA bersama Foodpanda menampilkan Haqiem Rusli, Wany Hasrita dan Zizi Kirana disiarkan pada 13 Mei, jam 8 malam menerusi media sosial Facebook, Instagram dan YouTube ERA.
Bagi peminat ERA Sarawak boleh mengambil bahagian dalam peraduan Duit Raya ERA untuk memenangi duit raya bermula 13 Mei, dan dijalankan sepanjang musim raya menerusi siaran udara.
Tidak ketinggalan, peminat ERA Sabah boleh menikmati video Beraya Betul di mana personaliti radio ERA Sabah beraya bersama keluarga dan menghiburkan peminat dengan telatah di Hari Raya menerusi Facebook dan Instagram ERA Sabah.
Peraduan Raya Sama-Sama, pendengar berpeluang memenangi hadiah duit raya dan berkongsi sebahagian daripada duit raya yang dimenangi kepada pertubuhan yang memerlukan di Sabah.
- Kafebuzz.my

