23/05/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

“Beramallah selagi hidup kerana satu hari kita akan mati dan amalan itulah yang akan di bawa. Bukan followers yang kita bawa” – Anas Tahir

2 min read

Dia bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi kelebihan suara yang dimiliki juga membawa rezeki pada dirinya menjadi penyampai radio.

Sejak hampir 5 tahun bersama stesen radio ZAYAN, Anas Tahir kekal relevan dan diminati pendengar setia stesen milik Astro itu.

Karier Anas dalam bidang radio terus cemerlang apabila menerima Anugerah Saidina Umar yang mengiktiraf selebriti yang bergiat aktif dalam menyokong usaha dakwah.

Anas yang segak dengan baju batik biru ketika menerima anugerah tersebut daripada Hidayah Centre Foundation berkongsi perasaan sebak dengan pengiktirafan itu.

“Terus terang sy ckp, saya terasa seperti abah ada dkt sebelah, waktu solat maghrib jemaah smlm di majlis 10 tahun @hidayahcentrefoundation. Rasa mcm nk toleh je. Tibe2 je air mata mengalir dan dada mcm kena hentak.

“Takpelah, itu mungkin kerinduan yg amat sgt dkt abah. Sbb abah lah yg bwk sy ke usaha ini. Usaha dlm “buat je dakwah Anas, in your own way, your style’,” katanya dalam satu status di Facebooknya, hari ini.

Anas (empat dari kanan) antara penerima anugerah yang diraikan Hidayah Centre Foundation, semalam. (Foto: Cikedoong MT)

Menurutnya, anugerah yang diterima itu diberikan kepada arwah abahnya.

“Tak dpt sy tahan sebak waktu slide presentation abah dan kwn2 nya yg turut dah meninggal. Ampunkn mereka ya Allah.

“Beramallah selagi hidup kerana satu hari kita akan mati dan amalan itu lah yang akan di bawa. Bukan followers yg kita bawa,” katanya.

Tambahnya, dia turut berdepan cabaran dalam sesi soal jawab bersama mereka yang baru berminat dengan Islam sememangnya bukan perkara yang mudah.

“Kena jaga niat, jaga hati, jaga lisan. Jgn terlalu “push”. Kita hanya menyampaikan. Jgn rasa kita yg selayaknya memberi hidayah pada mereka.Hidup lah dalam kesederhanaan,” katanya.

Anas berkongsi kejayaan bersama keluarganya. (Foto: Cikedoong MT)
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *