03/04/2026

Kafebuzz

Portal hiburan komprehensif

Bantuan tak pilih ‘bulu’, FDAM jelajah ke zon selatan

2 min read

Usaha yang ditunjukkan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dalam membantu penggiat seni yang terjejas akibat pandemik COVID-19 tidak hanya fokus pada ahli mereka semata-mata.

Projek bakul makanan FDAM yang sebelum ini dikenali sebagai ResQ Anak Seni yang diadakan pada 17 Julai lalu menjadi pencapaian terbaik yang dikongsi ahli persatuan itu termasuk penggiat seni lain.

Tidak hanya berdiam diri melihat penggiat seni terus berada dalam kesusahan, FDAM sekali lagi mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada penggiat seni yang berada di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ahmad Hashim (tengah) menyampaikan sumbangan FDAM kepada Jeffrydin.

Program dikenali Sumbangan FDAM Prihatin (Zon Selatan) berlangsung dengan jayanya di sekitar Jalan Harmonium 9 dan Jalan Harmonium 11, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada 31 Ogos lalu. FDAM turut mendapat sumbangan daripada Lembaga Pelabuhan Johor, Yayasan Maghfirah dan Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd..

Sehari sebelum program ini diadakan, FDAM singgah di Negeri Sembilan dan Melaka untuk bertemu dengan penerima sumbangan. Seramai 6 penerima di Negeri Sembilan dipilih untuk program julung kali ini iaitu Amran Tompel, Ismail Sasakul, Z. Lokman, Amin Khan, Khairul dan Roslan. Rombongan FDAM kemudian ke Melaka menziarah Roslan Salleh dan Nasir Jani.

Di Johor, seramai 7 penerima iaitu Umara di Muar, A.Halim (Batu Pahat), Intan Aishah (Batu Pahat) manakala 4 penerima lagi di Johor Bahru terdiri daripada Mat Sentol, Zaleha Hamid, Datuk Jeffrydin dan A. Rahman Onn. Tidak ketinggalan, Malik Zabarjad, P. Rosnah, Ayai illusi dan Along Cham juga menerima sumbangan.

Kunjungan FDAM ini diketuai Timbalan Presiden, Datuk Zulkeflie M. Osman bersama Ahli Majlis Kerja, Mohamad Zaini Hassan (Ketua Sekretariat), Ahmad Hashim (Ketua Biro Kesejahteraan Sosial), Mohd Roslainur Roslan (Ketua Biro Pembangunan Ekonomi) dan Sofia Aliza (Ketua Biro Pasaran Antarabangsa).

Program Sumbangan FDAM Prihatin (Zon Selatan) berlangsung dengan jayanya di sekitar Jalan Harmonium 9 dan Jalan Harmonium 11, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada 31 Ogos lalu.
Timbalan Presiden, Datuk Zulkeflie M. Osman (kanan) ketika menziarah pelakon veteran, Amran Tompel.
Rombongan FDAM menyampaikan sumbangan kepada pelakon Roslan Salleh.
  • Kafebuzz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *